GUNA KABEL KE?
Saya belajar sesuatu yang sangat berharga semalam. Ramai yang tahu, semalam kami ada 'meeting' dengan 7 eleven. Projek 7 Eleven ini ialah projek dealer kami Linda. Dan dia bukan berstatus Stokis.
Sebenarnya kan, yang nak cerita ni bukan proses macamana nak deal dengan 7 eleven, tetapi lebih besar dari itu.
Linda ni sebenarnya bekas kakitangan 7 Eleven. Masa dia nak start jadi dealer... dulu, dia datang berjumpa dengan kami untuk berkenalan. Dan masa tu dia baru seminggu berhenti kerja di 7 Eleven kalau tak salah saya.
Jadi suami kata kat Linda, try lah masuk 7E yang sebenarnya memang dah ada yang try approach,tapi semuanya tak berjaya.
Linda pun macam ternampak jalannya. Dia pun contact ex-bossnya dan tanya bagaimana proses nak edar produk ke 7E. Dan di situlah segalanya bermula.
Mesti ada yang kata, ohhhh patut lah, ada kabel besar rupanya...Betul!...Kabel yang sangat-sangat besar!!...Kabelnya ialah The Power of Relationship.
Semasa bekerja dulu, Linda sebenarnya seorang yang sangat bagus dan sentiasa menjaga hubungan dengan bos-bosnya. Ni bukanlah Linda yang cerita, cuma saya yang rasa macam tu..sebab ingat senang ke ex boss kita nak setuju nak deal business dengan kita kalau masa bekerja dulu boss tak suka dengan kita?
Tak mungkin Linda dapat buat appointment dengan ex-bossnya kalau dia jenis malas, suka ponteng, lawan cakap bos ke..atau yang jenis buat bos kepala pusing.
Dan saya yakin, Linda ada 'value' yang tersendiri. Dan dia pun resign dengan baik, bukannya lari blah macam tu saja. Boss mana tak appreciate? Dan ex-boss nya ni ada sebut semalam, Linda seorang yang ringan tulang, senang di minta tolong, orang yang tak berkira kerja. Nampak tak?..
Nampak tak betapa pentingnya menjaga hubungan? Kalau nak resign sekalipun, resignlah elok-elok..kita tak tahu satu hari nanti mungkin kita akan bekerjasama dalam bisnes ke...Yang saya nampak, semuanya Allah atur cantik sekali buat orang yang ikhlas bekerja, menjalankan tanggungjawab yang terbaik masa bekerja.
Kalaulah Linda ni macam ramai yang luar tu...asyik buat boss pening jer.. asyik 'MC' je kerjanya.. asyik buat kerja pun salah jer...slowww pulak tu, ingat nak ke ex-bossnya deal bisnes dengan dia?..Mesti ex-bossnya cakap, mintak ampun la...budak ni dulu asyik curi tulang jer...takkan nak berbisnes dengan orang macam tu? What you do anything is what you do everything, right?...Bos takut dekkk.... boss takkan nak punyer dekkk...
Dan sebenarnya Linda dan kami menjalani proses membekalkan produk ke 7E tu macam biasa, sama macam orang lain jugak. Walaupun kenal, tapi ex-bossnya sangat strict!..Semuanya masih tetap kena ikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Contoh untuk supply produk ke 7E yang paling penting, kena ada HALAL. Lepas tu dia akan bawa masuk ke 2 meeting lagi. Lepas tu site visit lagi. Dan banyak lah proses lagi sebelum di approve.
Itu cerita lain, yang paling saya nampak di sini ialah, KABEL yang paling besar ialah DIRI KITA SENDIRI. Kalau kita jenis orang yang berattitude, jaga relationship tak kira dengan siapa sekalipun, tengoklah pasti segalanya jadi mudah!...
WALLAHU'ALAM...
♡Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari....:) ♡

0 comments:
Post a Comment