Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, September 4, 2014

TIPS UNTUK MASUK PETRONAS - Part 2

Part 2 

KUALITI

Perkara seterusnya selepas SERVIS, atau mempunyai channel distribution yang terbaik, sesebuah syarikat korporat mencari produk yang berkualiti. 

Tapi sebelum itu, saya nak ucapkan setinggi penghargaan kepada team stokis, dealer dan ejen kami. Kerana orang-orang hebat inilah channel distribution kami menjadi mudah. Dan kerana servis mereka jugalah, kek jantung hati kami tersebar ke seluruh alam sehingga sampai ke tahap ini!..U ALL ARE THE BEST!! 

Okay, next. Point pasal kualiti ini sebenarnya diberitahu sendiri oleh sebuah syarikat kedai serbaneka KK- MART kepada Stokis Negeri Sembilan kami Tn Tajul. 2 sebab mereka sukakan produk kami. Iaitu mempunyai channel distribution yang bagus dan produk yang berkualiti.

Berkualiti di sini maksudnya:

1. Dari segi rasa

Saya akui, produk kami bukan paling dan tersedap di dunia atau di Malaysia. Banyak lagi pengusaha-pengusaha lain yang buat lebih sedap. 

Sebab itu saya tak rasa point SEDAP itu point no 1 yang dilihat oleh syarikat korporat. Bagaimanapun of course kena sedap jugak, barulah pelanggan nak beli. Barulah ada permintaan yang tinggi. Kan? 

Tapi apa yang kami lihat, mungkin mereka nilai dari segi konsistensi. Maksudnya rasanya mesti konsisten. Atau lebih baik. 

Untuk point ini saya nak beri penghargaan dan terima kasih kepada kesemua team pekerja saya. Terutamanya GM kami Tn Safiee dan Hana, Production Manager serta Miza. Merekalah yang memastikan kualiti kek yang terbaik. ( Love!... )

2. Dari segi rupa
Pastikan juga produk kita nampak konsisten dari segi paras rupanya, hihi. 

Maksudnya kalau produk kek tu, tak boleh la comot-comot. Sebenarnya kek kami ni kadang-kala comot jugak. Ikut kepada mereka yang handle. 

Tapi insyaallah dan alhamdulillah, kebanyakan pengedar dan pekerja kami dah buat yang terbaik. Sehinggakan syarikat-syarikat korporat seperti KK MART tertarik dengan kualiti produk kami. 

Cara kami pastikan mereka menjaga kek love kami ini ialah melalui kelas perkongsian. Di sini kami tekankan tentang The Power of Love. Jadi mereka faham bahawa kalau kita sayang produk kita, produk pun akan sayang kita. Mereka pun jagalah kek kasih sayang ini dengan sepenuh hati, jiwa dan raga...Hihi...apa tu? Kalau nak tahu, nanti join kelas kami kay 

Dan satu lagi packaging juga perlu cantik dan menarik. Sebenarnya, team kami masih tercari-cari packaging yang lebih menarik. Masih banyak kekurangan. 

Tetapi sekurang-kurangnya kami sentiasa membuat pembaharuan. 4 tahun pertama dalam bekas 4 segi yang dibeli dari supplier. 

Kemudian tukar kepada bekas bentuk 'love'. Dan sekarang, dah ada sampulnya. 

Walaupun tak ada sampul, saya pasti syarikat korporat mencari produk yang ada label dan segala maklumat yang diperlukan pada produk kita. 

Walau bagaimanapun, dulu 8 tahun dulu, saya bermula dengan stiker label yang dilekat di atas kotak kek. Dan stiker tersebut buat dengan Excel je, di print sendiri, warna hitam putih, pastu tiap-tiap malam potong pulak satu persatu. Hihii...saja nak bagitau, kami bukan terus sampai ke tahap macam ni.

Dan satu lagi saya rasa mereka berminat ialah kerana ada 'awesome box', yang kami buat untuk letak kek di outlet-outlet. 

Jadi, nampak lebih kemas. Dan branding lebih terserlah. Dan mudah dapat dilihat di mana-mana. 

Okay jutawan. Tak tahulah membantu uols atau tak. Minta maaf kalau nampak macam puji diri sendiri pulak. Maaf ya. Sebenarnya banyak lagi produk hebat di luar sana. Produk anda mungkin lebih hebat dari kami. Kami ambil masa 8 tahun untuk dapat listing dengan Petronas. Tapi anda mungkin ambil masa 8 bulan? Saya doakan urusan anda semua berjalan lancar dan dipermudahkan!..

TERIMA KASIH PETRONAS!..

Di sinilah lahirnya sebuah cinta... 


Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah.. 

0 comments:

Post a Comment