Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, September 20, 2013

BERSERAH DAN MAGIK BERLAKU!...

BERSERAH DAN MAGIK BERLAKU!...

Setiap persoalan yang ditanya, selalunya sama ada mengenai bagaimana nak menangani masalah pekerja, atau menghadapi kerenah pengedar, dan lain-lain persoalan seumpamanya, yang paling utama saya suka tekankan ialah bagaimana tahap keyakinan kita dengan Allah Maha Pencipta..Maka bila saya kaitkan tahap keyakinan ini dengan berserah saja pada Allah,maka ada yang bertanya..bukankah kita perlu berusaha?.

Saya faham persoalan itu.Mula-mula bila saya nak bersuara tentang "BERSERAH PADA ALLAH" ini..saya pun agak risau, takut ada yang salah faham.Risau ada yang akan ingat, bila berserah, bermakna tidak berusaha!..Maafkan saya, tapi inilah masalah orang yang suka berfikir secara logik sebenarnya!..Segala-galanya nak dikaitkan dengan logik akal..

Bila kita bercerita tentang kehebatan bersedekah, kalangan ini langsung tak percaya!..Sebab logik inilah...Memang kalau fikir logik, macamana jika lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak kekayaan akan menghampiri kita..Memang tak logik lah!...Sebab, nak sedekah..kena lah kita sendiri berwang,barulah boleh bersedekah.Tapi, dia tak tahu...lebih best bersedekah waktu kita "tiada" sebenarnya, kerana ia menguji tahap keikhlasan kita untuk memberi..Ini lagilah tak logik!..Disuruh sedekah waktu "tiada" pulak dahhh...

Nampak tak segala-galanya tentang ilmu Allah ini adalah MAGIK!..Tak perlu kita susah-susah fikir tentang logiknya..Bila Allah kata Dia akan memberi jika kita bersedekah..maka Dia akan memberilah..Bila Allah janji untuk memberi rezeki bagi yang berusaha..maka pasti orang yang berusaha akan dapat!..Man Jadda, Wa Jadda!..Kenapa kita suka memberat-beratkan fikiran kita tentang perkara yang logik-logik tu?..Allah sangat MAGIK!..Apa saja yang nak dijadikanNya, maka jadilah ia..Kun Fa Ya Kun!..

Tapi, bila berbalik kepada bertawakkal, atau berserah hanya pada Allah..bermakna..Contohnya macam ni, bila kita dah buat keputusan untuk berbuat sesuatu bisnes, hati kita perlu mengharap pada Allah semoga pilihan bisnes kita itu adalah petunjuk dari Allah. Bila jenis bisnes dah dipilih contohnya nak buat bisnes printing. Maka pada hari pertama nak buat bisnes printing, kenalah pergi mencari mesin printing kan..Jadi, hati mengharapkan Allah memberi idea mesin yang macamana untuk dipilih. Bila dah beli mesin pula, esoknya nak warwarkan kepada pelanggan kan..Maka dalam hatinya, meminta dengan Allah supaya ada pelanggan yang memang mencari-cari tempat untuk buat printing t-shirt ternampak iklannya di facebook (contohnya) dan ingin menggunakan perkhidmatannya..

Lepas tu, katakan kita nak berbisnes secara berjemaah..Kita perlukan seorang lagi kawan JV ataupun beberapa orang kawan kan.Orang akan tanya, bagaimana kalau business partner kau tu seorang pembelot? Kalau saya, senang saja nak jawab..Iaitu, serah saja pada Allah! Bukan bermakna, saya tak kisah kalau business partner saya seorang pembelot, atau saya tak berusaha untuk mengintip dia untuk mendapat bukti bahawa dia pembelot. Tapi..itu semua kerja Allah!.Jika betul dia pembelot, tak lama pasti nampak belangnya. Jika betullah dia pembelot, pasti Allah akan melorongkan dia untuk keluar dari syarikat kita tak lama lagi..Itulah magiknya!!....

Jadi, bila ada yang menyebut buat lah itu..buatlah ini..dan berserahlah pada Allah..Bukan bermakna serah bulat-bulat dan tidur sepanjang hari tanpa berbuat apa-apa!..Tidak!..Usaha tetap usaha..tetapi usaha yang melibatkan Allah pada setiap tindakan yang dibuat!..Kerana, jika kita selalu berkomunikasi dengan Allah..merayu-rayu pada Allah..Allah pasti mengasihi kita..Allah pasti bersama-sama kita..Allah pasti mendengar luahan isi hati kita..Dan,selangkah kita rapat dengan Allah, seribu langkah Allah akan merapati kita!..Allahu-Akbar!!...

WALLAHU'ALAM....

0 comments:

Post a Comment