Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, September 16, 2013

KISAH KEJAYAAN NUR AWATIF COLLECTION

Bismillahirahmannirahim..

Ini Kisah Kejayaan Saya!
Alhamdulillah, hari ni 13 Februari 2013 saya mampu melebarkan senyuman yang ter"Pasak" bersama isteri saya. Terima kasih buat MENTOR kesayangan kami Dr. Azizan Osman kerana mengubah MIMPI menjadi REALITI.

Bermulanya sejarah saya bersama Dr. Azizan Osman adalah ketika hadir Seminar Marketing Power 2012 bersama isteri dan emak saya. Disana saya s...eperti diberikan "Petunjuk" untuk merubah hidup saya dan keluarga saya. Bibit cinta terhadap program Dr. Azizan Osman telah bermula apabila saya menyertai kelas Advance Marketing Power 2012 yang berlansung di Dewan MCA. Tiada kata yang mampu digambarkan perasaan yang cukup bercelaru ketika itu dengan niat hanya untuk mencuba-cuba sahaja. Namun saya dan isteri tekad untuk merubah hidup dan sanggup menghantar anak kecil kami berusia 1 tahun 3 bulan di rumah saudara terletak di Rawang demi menimba ELMU yang tidak ternilai. Ayat yang cukup menyentapkan kami adalah FAST ACTION FAST RESULT.Bunyinya agak remeh namun impak yang diberikan buat kami tekad untuk berubah.

Ketika di Kuantan begitu sarat idea yang DAO berikan dan benar kata DAO tiada siapa yang mampu mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri. Kami bermula secara kecil-kecilan melalui medium facebook. Alhamdulillah saya mempraktikkan SISTEM yang DAO ajar untuk kami dan alhamdulillah pada bulan 8-10 kami telah mendapat RM2K setiap bulan melalui pembelanjaran di AMP 2012. Benar kata DAO jika niat untuk MENAMBAH NILAI HIDUP orang lain Allah akan membantu kita. Jumlah keuntungan yang kami terima pada bulan 11 (sebelum Intensif Jutawan Industri-IJI) adalah RM14K. Cukup terharu kami dengan jumlah wang yang kami terima itu dan berkat POWER OF GIVING. Masih teringat DAO berdoa kepada Isteri saya untuk mendapat keuntungan bulanan RM140K. Ya Allah, meremang bulu roma saya DAO mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kepada kami. Cukup luhur hati kami apabila DAO setiap kali berdoa kepada semua linangan air mata DAO menyatakan kami perlu berubah untuk menjadi JUTAWAN yang lebih KAYA & BERJAYA.

Berani 2013 cukup-cukup memberi impak kepada kami. Bulan 12 kami ditawarkan untuk membuka Butik Pertama kami yang terletak di Kuantan. Ya Allah syukur dengan rezeki dan hidayahMu Ya Allah. Kami bakal membuka butik kami dengan berkat doa seorang MENTOR dan INSAN yang cukup Mulia iaitu Dr. Azizan Osman. Tanggal 26 Januari 2013 merupakan detik manis dalam hidup kami. Linangan air mata kegembiraan tidak dapat kami sembunyikan. Melihat ayah dan emak yang cukup bangga dengan kejayaan anak sendiri. Benar kata DAO setiap lelaki akan patah jika tiada ISTERI sebagai tulang belakangnya. Alhamdulillah butik kami diserikan dengan penampilan Ainan Tasneem yang merasmikan pembukaan butik kami.

Seterusnya kami seperti gian untuk ke kelas DAO. Kali ini SACC tempat yang kami tujui untuk menimba ELMU yang tidak ternilai. Penangan IMKK membuatkan saya sedar betapa MUDAH dan INDAH apabila WANG seperti mengejar kami. Nilai kasih sayang yang DAO terapkan begitu merapatkan hubungan saya dengan isteri,keluarga serta masyarakat sekeliling. Tidak dilupakan J dan team RICHWORK yang begitu memberi semangat dan nasihat kepada kami dalam setiap hal. Masih terasa "AURA" dan "MONEY MAGNET" yang DAO ajarkan kepada kami. Sehingga kini kami masih mempraktikkannya. Teknik "ALPHA" juga membuatkan saya begitu positif dalam pelbagai hal dan tidak mustahil senyuman sentiasa ter"PASAK" diwajah kami.

Terima kasih Dr. Azizan Osman, Terima kasih Jerry, Terima kasih Team Richwork. Anda adalah MENTOR kejayaan saya yang terbaik dan saya mendoakan semoga segala ELMU dan TENAGA yang dicurahkan di berkati Allah S.W.T.

* For My Lovely Wife Izyan Syahirah.. I Love You & Thanks to be my Partner

Salam Ukhwah,
Amnan Asri Abdullah
CEO & Founder
NurAwatifCollection

0 comments:

Post a Comment