Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, September 15, 2013

BISNES ADALAH LAMBANG KASIH SAYANG

BUSINESS IS A ABOUT RELATIONSHIP

Semalam..sesampai saja kami di bumi Borneo ni..kami ditemani 2 orang kawan lama semasa di zaman USM dulu untuk dinner bersama kami...Munie dan Jatt ni lah antara yang sering memanggil-manggil kami untuk mel...ebarkan sayap ke bumi Borneo..

Dapat berjumpa kawan lama yang sememangnya sangat close membuatkan saya dan suami lebih yakin bahawa bisnes yang kami jalankan ni...sebenarnya penghubung kasih sayang yang terputus..putus disebabkan kekangan masa dan juga jarak..

Kami sangat sayangkan bisnes ini kerana di sinilah segala perhubungan bermula dan terikat semula...Bisnes ini sangat istimewa untuk kami kerana...kami dapat bina semula hubungan dengan rakan sekolah kami..

Bestfren tadika dan sekolah rendah saya iaitu Nani@ Norhanani Abu Hassan memang merupakan dealer kami..Wakil sekolah menengah suami saya..ramaii bersama-sama kami,antara yang paling aktif ialah Kak Chik Shariza & suami Tuan Zairul @Pakya...di Kedah pula, Tuan Fauzi dari Fauzi Chocolate Melt..Untuk side saya pulak, bestfren forever dari sekolah menengah saya Siti Zura Mardzuki adalah Stokis kami...June pulak bestfren saya di USM..Sekarang ni tambah Munie dan Jatt..Ex colleague suami En Khalid juga pengedar kami...

Kalau saudara mara jangan cakaplah...Adik-adik kami se ibu se bapa semuanya terlibat dalam bisnes ini..sepupu sepapat..yang jauh yang dekat..semuanya ada dalam lingkungan komuniti bisnes kami..

Dapat rasa tak kemanisan bisnes kami?..Siapa yang menjalankan perniagaan seperti ini..ditambah pula dikelilingi rakan-rakan dan saudara mara...dia akan faham betapa indahnya perasaan kami di saat ini..

Bila berada di Sabah Negeri Di bawah Bayu ini...kami sangat mengharapkan bisnes ini boleh jadi penghubung kasih sayang antara Semenanjung dan Borneo..Ianya bukan disebabkan mengejar keuntungan semata-mata...tetapi lebih dari itu...kerana itu adalah moto kami...

BISNES ADALAH LAMBANG KASIH SAYANG

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA KEKAL...Betapa indahnya kasih sayang terhadap insani...lebih kekal abadi kasih sayang pada Ilahi...
See More

0 comments:

Post a Comment