Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, September 17, 2013

SUSAH KE SENANG DAPAT PEKERJA?

SUSAH KE NAK DAPAT PEKERJA?

Ada yang bimbang dan bertanya tentang bagaimana kami mendapat pekerja? Senang tak dapat pekerja? Susah tak bila ada pekerja? Kan lebih senang buat sendiri dan tak payah pakai pekerja?

Beginilah...yang mengatakan lebih senang buat sendiri dan tak payah pakai pekerja tu, teruskanlah..kerana macamana nak jadi jutawan kalau semuanya kita nak buat sendiri? Bukankah yang penting kita perlu buat marketing? Mentor saya pun pernah berkata, u can outsource production,u can outsource everything but NEVER NEVER OUTSOURCE MARKETING..Di sinilah letaknya nadi perniagaan kita..

Senang atau susah untuk mencari pekerja adalah perkara biasa..Dulu pada mulanya kami pun takut juga..takut tak dapat pekerja yang boleh diharap..pekerja yg efisyen..tapi,lama kelamaan, bila dah belajar macam-macam ni..kita menjadi positif.Bila menjadi positif,kita akan sentiasa berbaik sangka dengan semua orang..Kita mula akan merasakan yang dunia ini sebenarnya dipenuhi oleh orang-orang yang baik..Kita fokuskan minda untuk mendapat pekerja-pekerja yang baik,maka yang baik-baiklah yang datang kepada kita..Satu lagi petua ialah,setiap kali bila ada yang bertanyakan tentang pekerja yg soalannya seperti ini,"ok tak staff u?susah kan nak dapat yang ok?" Jawapan yang kami selalu jawab ialah.."alhamdulillah..semuanya ok..semua boleh diharap, bagus..tak berkira kerja..etc.." Maka yang baik-baiklah akan datang kepada kita jika kita sentiasa ingat dan mendominankan minda kita tentang perkara yang baik-baik.

Jangan risau wahai usahawan muda yang baru menceburi bidang perniagaan ini..Anda hanya perlu melalui proses mencari pekerja ini tanpa henti.Proses ini perlu sentiasa berjalan.Adalah perkara biasa untuk mendapat pekerja yang tidak bagus pada permulaan..tapi walau macamana pun kita perlu melalui proses ini sampai bila-bila..kita tak boleh lari atau short cut dari proses ini.Laluinya sahaja, ada yang bagus,ada yang main-main bekerja,ada yang licik,ada yang bagus tak nak dilepaskan tapi terpaksa rela atas pemergian mereka..but what u have to do is just experience it..It's a law..Law nya mengatakan,kita harus meneruskan proses kegagalan ini dan akan sampai masanya nanti kita akan bertemu titik kejayaan.

Semoga anda mendapat pekerja yang tip top seperti pekerja kami di Anis CMC.Terima kasih Ina,Mohd Noor,Awi,Omar,Ijat,Miza,Sariy,Kak Ida,Kak Muni,Dayah,Idris,Yusof,Razak,Hero,Idris,Yeakob,Hameed,Alim,Jasim,Yuli,Yanti,Siti Aishah,Shira,Siti Aminah, Ani,Kak Leha,Mak Sun,Fifi,Siti,Lisa,Khadeja,Desy,Ani dan Kak Nikhla, dan Paling istimewa untuk GM kami Tuan Safeei.Terima kasih semua, kami menghargai anda.

Salam kejayaan buat semua.

0 comments:

Post a Comment