Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, September 16, 2013

NAK TOLONG KE NAMPAK 'RM' JER?...

NAK TOLONG KE NAMPAK 'RM' JER?...

Kes ni agak menarik. Ada sepasang suami isteri ni berbisnes salon n spa muslimah. Selepas 2 tahun mereka dapati bisnes ini agak kurang mendapat sambutan walaupun selepas dah buat beberapa kempen pengiklanan.
Pastu diorg tukar dari salon muslimah kpd saloon international, kerana katanya daripada survey , ramai yg berjaya dlm bisnes ini.

Pandangan kami :
Pertama s...ekali, niat bisnes untuk apa?..Kalau untuk kepentingan diri semata-mata..memang susah nak nampak jalannya..Buat la marketing hebat macamana pun, tapi kalau niat tak betul, takut ke laut je la..

Konsep dah bagus.Seeloknya niat untuk memudahkan golongan muslimah yang nak menjaga aurat.Tapi saya tak yakin niatnya untuk membantu golongan muslimah,kerana kalau tak, tak mungkin dia sanggup bertukar konsep bisnesnya..buat spa yang berkonsep international pulak sebab mereka kaji tentang keuntungan.

Kalau spa macam ni selalunya unisex lah kan?..Jadi apa yang diorang nak sebenarnya? ..Boleh nampak terang-terang bukan?..

Betul...semua orang nak buat bisnes untuk dapat untung, tapi..sebelum nampak dan dapat untung tu...kita kena selesaikan masalah orang dulu..Untungnya pasti akan datang kemudian berlari-lari mengejar kita..

Pastikanlah niat kita align dengan tindakan kita..Bermaksud, apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa mesti align dengan tindakan kita.Kalau nak tolong sangat golongan muslimah menjaga aurat, tapi bila bisnes tu fail..kita tukar konsep menjadi international spa, bermaksud kita tak betul-betul kuat dalam prinsip kita tu..

Anda tak perasan sebenarnya anda tak bersungguh-sungguh pun nak bantu golongan muslimah!!!....Anda hanya nampak $$$$$ !!!....

Express our lovessss♥
See More

0 comments:

Post a Comment