Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, October 8, 2014

FIKIR POSITIF TAPI DATANG JUGAK YANG NEGATIF

Persoalan:

K.Anis & Abg Junaidy selalu bagitau apa yg kita cakap itu adalah doa. Walaupun saya cuba fikir yg elok2 kadang2 datang jugak yang x elok..macam mana cari untuk dapatkan ketenangan hati & kata2 yang positif sentiasa di hati.

Pandangan kami:
Kata-kata itu adalah satu doa itu memang benar bagi orang yang mempercayainya. Maka perkara tersebut hanya akan terjadi kepada yang percaya sahaja. Yang tak percaya, tak akan dapat mengalami kebenaran kata-kata ini (Kata-kata itu adalah doa).
Maksudnya, ramai orang dah tahu tentang ini. Tapi antara tahu dan faham itu berbeza.
Orang yang tahu, pernah dengar atau baca akan sekadar tahu tentang kata-kata itu adalah satu doa. 
Tapi dia tak faham.
Kenapa saya kata ada yang tak faham? Kerana, kalau dia faham tak mungkin dia akan cakap sesuatu yang tak elok. Atau fikir yang tak elok. Contohnya, balik rumah je cek barang kemas ada tak ditempat dia. Sebab takut kena curi. Setiap kali keluar, itu yang difikirkan. Akhirnya betul-betul jadi.

Kenapa?
Kata-kata saja tak mungkin berkesan. Kata-kata mesti diikuti dengan fikiran. Dan tindakan. Itu the power of allignment.

Faham tak dik?
Maksudnya, u kata...apa yang u sebutkan yang positif, tapi jadinya negatif jugak. Betulkan?

Kerana apa?
Kerana tak allign. Yang sebut, main sebut je. Tidak dengan emosi. Tidak dengan hati. Tidak dengan energy. Dan itu tidak akan memberi makna. U sebutlah beribu kali pun, aku nak beli BMW. Tapi dalam minda fikir ye ke aku boleh dapat? Bisnes pun dah makin teruk ni...contohnya.

Jadi, faham tak?
Semua kena allign. Kata-kata, fikiran, rasa, dan tindakan mesti sama. Kalau mulut kata nak BMW, hati rasa boleh dapat, tindakan pulak ke arah cari sales yang tinggi, dah tahu berapa nak bayar monthly BMW contohnya, dah pegi showroom BMW untuk survey...itulah maksudnya kata-kata diikuti tindakan, bila dah allign, macam keretalah....barulah pecut LAJU!!.....

Okay jutawan, start hari ni kita bersiaran pukul 9 pulak yer...kerana orang berjaya, dia suka ubah habit, dia suka perubahan!...Jadi kita pun kenalah ikut...Yess!!..Semoga anda berjaya ubah habit ke arah kejayaan!...

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah  

0 comments:

Post a Comment