Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, October 23, 2014

[ TIPS BAGI YANG MENGHADIRI MAJLIS ILMU ]

[ TIPS BAGI YANG MENGHADIRI MAJLIS ILMU ]
  1. Mulakan dengan betulkan niat kenapa ingin menghadiri majlis ilmu. Niat mungkin berlainan antara satu sama lain tetapi biarlah niat yang baik-baik sahaja.
  2. Berdoa semoga dapat memahami segala ilmu yang disampaikan. Dan semoga mendapat ilmu untuk dunia dan akhirat.
  3. Beli 'sweets' atau asam untuk diberi kepada orang sebelah. Setiap hari pastikan bawak sesuatu untuk memberi. (Konsep give first).
  4. Cari tempat paling hadapan untuk mendapat aura yang lebih best.
  5. Bawak dan minum air. Berdoa dan switch minda supaya tak terfikir nak ke toilet.
  6. Bawak snickers atau coklat untuk lapik perut. Untuk orang yang ada gastrik. Yang tak ada gastrik tak makan pun tak pe kot.
  7. Berkenalan dengan orang sekeliling. Jadilah orang yang memulakan perkenalan. Orang yang menghulurkan salam. Itu sangat best!..
  8. Beri energi orang di sebelah dengan beri semangat untuk tepuk tangan atau berdiri.
  9. Cuba pecah ego dengan berdiri atas kerusi tak kira berapa berat anda. Pengalaman yang sangat berharga!..
  10. Jangan lupa SENYUM kepada semua termasuk crew dan staff.
  11. Ucap terima kasih pada orang sebelah di akhir kelas kerana sudi berkongsi energi dan kasih sayang bersama anda.
  12. Jangan promote atau hard sell produk anda. Build relationship secara natural atau secara 'from heart' yang tidak memikirkan untuk keuntungan kita semata-mata.
  13. Boleh mulakan bertanya jenis perniagaan orang sebelah (jika ada) dan bagaimana kita boleh membantu. (Konsep give first).
  14. Gunakan masa rehat untuk rehatkan minda. Take a nap lebih baik dari berbual.
  15. Jangan berbual sangat dalam surau. Lebih baik berzikir dan mengingati Allah sebelum waktu solat. 

WALLAHU'ALAM.

Selamat menimba ilmu untuk semua yang menghadiri program IMKK hari ini. Terutama kepada team Anis Chocolate dari pelusok negara terutama Pn Idayyu Tamin & Pn Ani yang datang dari Kota Kinabalu Sabah serta Pn Diana & Ida dari Penang!... Bukan calang-calang orang dapat berkorban masa berpisah dari keluarga. Hebat!!..

Uols, tolong sambung ye tips ni... 

0 comments:

Post a Comment