Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, October 22, 2014

KEBANGKITAN HAFIZ HAMZAH - Dealer Mydin kami

[ KEBANGKITAN HAFIZ HAMZAH ]

-Ku yang dulu bukanlah yang sekarang-

11 tahun yang lalu, saya seorang pegawai kerajaan. Hampir 5 tahun berkhidmat, kebosanan mula terasa. Mana tidaknya, hari - hari menempuh kesesakan jalan. Tekanan kerja di pejabat menambahkan lagi kebosanan.


Kalau tak silap saya, dalam tahun ke 4, saya dah mula berjinak - jinak dengan kad kredit dan pinjaman peribadi. Kan semua kakitangan kerajaan buat. Saya pun ikutlah kan. 

Tapi sebab ilmu menguruskan wang tak ada, habis licin dalam masa dua bulan je. Yalah, saya tak pernah pegang duit RM50K, manalah tahu nak urus.. Eleh..macam tak biasa kan…

Setiap bulan gaji tinggal nyawa - nyawa anak ikan. Bayangkan gaji kerani lagi banyak dari gaji saya. Mana boleh tahan. 

Masa tu mula la teringat babak Ibrahim Pendek ambil gaji dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok.."Berapa banyak ambil IOU daaa ". .

Gaji saya potong habis. Nak tampung, mulalah buat OT sampailah pukul 9 malam setiap hari. Nama sahaja buat OT tapi kerja tak pernah siap pun. Sebab itulah bila saya dapat gaji, duit tak pernah cukup pun. Hasil dari rezeki tak berkat.

Tahun ke 8, saya buat MLM. Hampir setiap masa pejabat saya gunakan untuk “mengembangkan’ bisnes MLM saya.Tidak langsung terfikir tentang berkat atau tidak guna waktu pejabat untuk bisnes lain. 

Maklumlah nak kaya cepat. Sebab kawan - kawan saya ramai dah tukar kereta mewah. Pendapatan berpuluh ribu. Hebat kan? Masa tu saya memang nekad nak jadi kaya raya. Buat bisnes sepenuh hati dan pendapatan pun mulalah meningkat ribu2.

Akhirnya saya ambil keputusan berhenti kerja. Yalah, nak kaya mesti buat full time. Kebodohan saya masa itu adalah kerana tidak sedar diri diuji oleh Allah dengan kemewahan. 

Setahun pertama sahaja income saya mencanak naik. Selepas itu jatuh merudum. Tapi yang peliknya, kenapa orang lain berjaya. Sedangkan saya tidak. Saya pun usaha juga. 

Masa itu memang saya jahil tentang ilmu mengenal diri dan potensi diri. Buat keputusan dan tindakan main belasah je ikut hati.

Akhirnya saat kejatuhan saya pun tiba. Hidup tak macam orang dah. Nak jumpa orang pun malu. Jalan pun kepala asyik tunduk je. Self confident langsung tak ada. 

Macam - macam saya terpaksa lakukan untuk survive. Kejap kerja, kejap berniaga kecil - kecilan. Asalkan yang boleh dapat duit. Hati saya masa itu cukup sedih dan setiap hari berdoa pada Allah agar bantu saya supaya dapat keluar dari masalah ini.

Sehinggalah pada suatu hari saya tergerak hati mengikuti Mini Seminar percuma yang dianjurkan oleh Dr Azizan. Pertama kali masuk saya dah sombong. 

Dalam hati dah mula kata, “aku dah kena tipu dah”. Mana tidaknya, mula - mula start dah menari chicken dance. ‘Mengarut betul orang tua ni’.. Kata saya dalam hati. Dan saya langsung tak menari. Buat keras badan je.

Selepas menari tu Dr. pun mulakan seminar. Mula - mula buat2 dengar. Tapi makin lama makin panas. Saya terasa seolah - olah Dr. menembak saya dengan peluru bertalu - talu. Aduh sakitnya hati asyik tersentap..

Jauh di sudut hati saya, keegoan saya mula turun..Tanpa sedar, air mata saya mengalir laju.. Buruk bebenor orang lelaki menangis kan..

Tapi itulah tandanya doa kita dimakbulkan. Allah hantar bantuan dengan menggerakkan hati saya menyertai seminar seperti ini. 

Dengan seminar ini, saya dapat lihat nasib saya jauh berubah. Di sinilah saya berjumpa dengan orang - orang berjaya dalam bisnes. 

Dalam seminar inilah baru saya tahu apa potensi diri saya yang sebenar. Dalam seminar ini saya baru tahu kenapa selama ini rezeki tidak melekat dengan saya walaupun saya kuat berusaha. 

Dalam seminar ini baru saya dapat rahsia bagaimana nak ubah hidup saya menjadi orang berjaya dunia dan akhirat. Di sini baru saya tahu kenapa dahulu duit banyak tapi bocor sana sini. Di sinilah titik kebangkitan saya bermula. Rezeki mula datang tak putus-putus.

Di sinilah saya mengenali Anis Choc Moist Cake. Di sinilah saya mengenali Tuan Junaidy Abu Bakar dan Puan Anis Cmc. Mereka berdua inilah yang banyak membantu saya, mengajar dan mendidik saya sehingga mampu mencapai pencapaian yang luar biasa. 

Siapa sangka, saya suatu ketika dahulu seorang yang boleh dikatakan ‘loser’, tiada apa - apa tapi kini adalah seorang pembekal Anis Choc Moist Cake untuk seluruh pasaraya Mydin di seluruh Malaysia. I’m the only person in Malaysia’. Cukup luar biasa.

Semua ini berlaku kerana satu tindakan yang saya ambil. MENYERTAI SEMINAR DR AZIZAN.

Saya tahu di luar sana ramai lagi yang senasib seperti saya dahulu. Hidup tanpa arah dan matlamat, tak tahu apa nak buat, terbelenggu dengan beban hutang dan bermacam masalah kehidupan yang tak berkesudahan. 

Nasihat saya pergilah ke seminar Bangkit 2014 ini. Percuma sahaja kalau pergi 3 orang. Anda boleh lihat perubahan hidup anda.

Ada masa, lawatilah fanpage Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman. Di situ anda boleh lihat berapa ramai yang dahulunya gagal menjadi manusia, tapi akhirnya kembali menjadi manusia semula.

Akhir kata, dari mula hingga akhir, jangan percaya apa pun setiap perkataan yang saya tulis.

DIULANGI!! JANGAN PERCAYA SETIAP PERKATAAN YANG SAYA TULIS. Anda cuma perlu buat sahaja. Daftar cepat ke seminar Bangkit 2014 untuk anda kembali ke dunia nyata.

Kalau anda tak nak pergi pun tak mengapa. Tapi sebelum buat keputusan, pandang wajah anak-anak dan isteri anda. Fikir sejenak di mana kedudukan anda sekarang. Dan kemudian buatlah keputusan.

Keputusan yang anda ambil hari ini bakal menentukan siapa anda setahun dari sekarang.

p/s: Tulisan di atas dibuat atas sebab rasa bersalah kalau tak kongsi. Perkara baik harus dikongsi.

1 comments: