Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, October 8, 2014

HERO

[ HERO ]

Setiap orang pasti tersentuh bila menyanyi lagu HERO nyanyian Mariah Carey... Masing - masing akan terkenangkan kisah hidup masing - masing yang penuh ranjau dan duri....


Ada yang menjalani hidup sendirian tanpa pasangan hidup... Bersusah payah seorang diri tetapi akhirnya berjaya membesarkan anak - anak dengan sempurna. Bayangkanlah betapa kuatnya 'HERO' dalam dalam diri anda....Tak semua orang berjaya melaluinya..tapi anda tetap kuat berdiri!..

Pasti ada kisah - kisah sedih, dihina, dipandang rendah, dibiarkan dan diabaikan pada peringkat awalnya, tetapi oleh kerana adanya 'HERO' dalam jiwa mereka, segala kesusahan dan keperitan akhirnya berjaya juga diatasi.

'HERO' melambangkan kekuatan dalaman yang ada dalam diri anda...Yang bukan semua orang ada...Anda berjaya sampai ke tahap ini disebabkan anda mampu dan berjaya melihat 'HERO' dalam diri anda.

Walaupun dulu anda juga takut...takut menghadapi segala ujian hidup tanpa ada sesiapa di sisi, tetapi...anda akhirnya berjaya mengatasi perasaan takut tersebut...

Anda juga ditimpa kesedihan demi kesedihan..cabaran demi cabaran..tetapi betapa kuatnya 'HERO' dalam diri anda sehingga anda berjaya membuang segala kesedihan yang melanda hidup anda...

Anda yang mempunyai 'HERO' dalam diri, tidak akan mudah mengalah dengan berbagai rintangan yang boleh merebahkan anda. Anda yakin dengan diri anda, tak mungkin anda membiarkan impian anda terkubur..

.....Kerana anda tahu, semua orang mampu sampai ke puncak!..Dan semua orang boleh capai impian anda asalkan sedar bahawa kita adanya HERO didalam diri dan hidup kita !...

That a HERO lies in you..........

♡ Jom beristighfar 101x dan berselawat 1001x setiap hari.. :) ♡

0 comments:

Post a Comment