Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, October 17, 2014

STRATEGI MENYERANG ATAU BERTAHAN

Dalam perlawanan bola, ada strategi menyerang dan bertahan. Mula-mula dua-dua team menyerang. Bila dah ada satu pasukan yang leading, pasukan tersebut akan bertahan.
Betul ke betul orang bola?
Hari ni bukan nak cerita pasal bola ya. Hehe..Tapi pasal strategi bisnes.
Ok. Masing-masing yang ada bisnes pasti tahu dia berada di tahap mana. Ada yang berada di 'start-up'. Ada yang 'progressing'. Ada yang 'established'.
Bagi yang setahun dua, dia masih di tahap start up. Dan bagi yang berada di tahap ini, kewangan masih belum begitu stabil. Jadi, seorang pakar strategi ini menasihatkan anda perlu berada dalam STRATEGI BERTAHAN. (Saya kenalkan kemudian siapa pakar tersebut).
Apa itu strategi bertahan?
Bermaksud, apa saja produk yang u buat, sama ada anda pengusaha ataupun ejen bagi mana-mana bisnes, ini adalah masa untuk bertahan.
Stay focus dengan apa yang 
anda buat. Teruskan usaha. Jangan goyah dan cepat melatah untuk bertukar-tukar produk dan sebagainya.

Kalau dalam proses memilih produk pula, cari yang dah ada nama. Yang lebih mudah nak dijual sebab dah ramai yang kenal. 
Untuk yang nak buat produk baru atau nak develop bisnes yang baru pula, adalah kurang tepat pada masa ekonomi kurang menarik. This is the fact. Observe orang bisnes di sekeliling anda. Tanya pengusaha workshop. Berapa banyak kereta dia boleh buat sekarang? Atau termenung menunggu pelanggan?

Salah satu sebabnya adalah kuasa membeli yang kurang. Dan kadar persaingan yang tinggi di luar bagi sesetengah produk. Contoh, produk makanan atau produk bakery (tidak apply untuk semua produk).
Dan bagi yang berada di tahap 'progressing' pula sebenarnya ia perlu MENYERANG. Kerana syarikat yang berada di level ini sudah mempunyai kekuatan kewangan.
Sekarang, waktu bisnes lain kurang promosi, yang berada di level ini kena kuatkan bahagian marketing dan branding. Sebab ada kuasa kewangan. Maka perlu menyerang.
Bila ekonomi dah stabil semula, yang menyerang tadi dah boleh kaut hasilnya. Dan yang bertahan tadi dah boleh menyerang. Kerana yang bertahan tadi juga sudah ada hasilnya.
Uol faham tak? Saya tak pasti anda faham atau tak. Esok untuk WE COACH U kami akan sentuh pasal strategi ini. Kerana pakar strateginya ada dalam program ini. Siapa dia?...Dia ialah encik suami saya. Hehee..
Ok jutawan, have a pleasant day today...may Allah bless u guyss...Selamat berbisnes dan bekerja.
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah... 

0 comments:

Post a Comment