Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, October 8, 2014

TIPS MENJAGA HUBUNGAN DENGAN KAWAN YANG TAK SAMA 'WAVE'

Jika kita ubah nilai hidup kepada positif dan rakan - rakan lama yg masih negatif singkirkan kita. Adakah itu dikira tak jaga hubungan? Sebab pandangan hidup dah tak sama.

Macam ni lah ye..First of all kita kena faham yg 80% orang disekeliling kita adalah orang - orang yg negatif (menurut kajian).


Bermakna, di tempat kerja, kalangan kawan-kawan, dalam keluarga dan di kalangan orang yang bisnes pun bukan semuanya positif.

Jadi, kita nak lari ke mana?..

Sebenarnya, kawan kena tetap berkawan.. Jangan kita putuskan silaturrahim. Itu sangat pasti!..Kita cuma perlu tahu macamana nak handle negativity tu..

Diorang ni bukan apa..Diorang rasa orang yang positif ni macam cakap pandai..semuanya cakap dia saja yang betul..

Bila kita dah faham situasi tersebut, bermakna bila bersama dengan kawan-kawan ni.. kita jangan bercakap perkara yang diorang tak suka..Selalunya diorang tak suka cakap pasal bisnes sebab diorang tak minat.

Bercakaplah perkara yang diorang minat.. Lumrah manusia biasa, mereka tak suka diajar dan dipaksa!..

Jangan cakap besar, tapi merendah dirilah.. Buktikan dulu perubahan hidup kita...sebab selalunya manusia akan lebih percaya kalau dia nampak kejayaan itu dengan bola matanya sendiri!..

Saya faham...kadang-kadang orang yang tak kuat lagi, yang baru nak positif tu akan terpengaruh balik dengan kara-kata negatif kawan- kawan.

Jadi apa yang perlu kita buat? Kita perlu ada senjata dalam diri kita..Senjata untuk menjadi benteng pertahanan kita. Itulah dia, perlunya ada kekuatan dalaman..atau, emotional intelligence (EQ).

Bila ada kekuatan dalaman, kita boleh bercampur dengan semua jenis orang. Silap-silap, bukan kita yang terpengaruh dengan kata-kata negatif mereka..tapi perlahan-lahan mereka yang makin lama makin menghampiri kita..kerana walau teruk dan negatif macamanapun manusia itu, manusia yang normal tetap nak berubah ke arah kebaikan! !

Yang penting, bila berkawan..betulkan niat kita, ikhlaskan hati kita untuk berkawan..Kalau betul niat kita, kalau kita ikhlas berkawan dan ikhlas memberi pandangan, insyaallah kawan tak akan lari!!..

Inilah dia, For Things To Change, We Must Change First!! 

WALLAHU'ALAM. ..

0 comments:

Post a Comment