Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, October 16, 2014

LEADER VS FOLLOWER

Ada satu perkara yang ramai usahawan tak perasan kepentingannya. Ada yang langsung tak tahu dia sebenarnya seorang follower atau leader.
Ramai usahawan merasakan dia seorang LEADER. Sebab dia ada bisnes. Sebab dia ada pekerja. Bagus mentaliti leader ni. Sebab ada sifat kepimpinan. Barulah boleh bawak seluruh teamnya untuk naik bersama.
Tapi, orang yang mentaliti leader sahaja pun tak boleh. Sebab hidup kita ni perlu ada seseorang untuk kita mintak pendapat dan nasihat. Kalau leader (sangatlah) kita, sifat ego kita akan jadi sangat tinggi.
Masalahnya pada orang ego ni, dia susah terima pendapat orang lain. Walaupun ke arah kebaikan. Sebab dia rasa dia leader (lah sangat). Tapi bila kita lihat, mereka yang bersifat ego ini susah pergi jauh. Tak kemana pun. Mungkin bukan semua. Betulkan saya kalau saya salah.
Yang bermentaliti follower pulak, dia tak pandai buat keputusan. Apa saja yang nak dibuat perlu disuruh. Dia tak nampak apa yang penting untuk hidup dia. Dia tak tahu hala tuju hidup dia sendiri. Dia mengharap hala tuju hidupnya di'design'kan oleh orang lain untuknya. Contoh, di'design'kan oleh pasangan dia atau boss dia.
Yang mana satu anda?
Pada saya, kita perlu ada mentaliti kedua-duanya. Dan kami sangat percaya, to be a good leader, u must be a good follower!..
Sebelum jadi leader, belajar untuk menjadi follower yang bagus dulu. Belajar dengar dan terima pendapat orang, belajar ikut cara orang. Itu bermaksud, kita belajar untuk menjadi flexible dan juga belajar untuk pecah ego kita. Ye lah, terpaksa dengar cakap boss!!..
Ok jutawan, yang pentingnya jangan ego sangat. Dan bersedialah untuk ke arah mentaliti seorang LEADER!..Nanti saya nak sambung bab nak jadi leader ni kay...
Ok bye...Love uols

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah... 

0 comments:

Post a Comment