Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, October 28, 2014

[ USAHAWAN PERLU ADA ILMU YAKIN ]


Jika ingin belajar tentang kualiti seorang usahawan berjaya, saya sangat suka untuk rekemen buku tulisan Dale Carnegie. Banyak sebenarnya pengalaman yang diceritakan. Kalau tak salah saya, Dale Carnegie dah hampir 100 tahun meninggal dunia. Tapi ilmunya sangat berguna.

Salah satu tips power dalam buku How To Challenge Yourself and Others to Greatness ialah tips menjadi usahawan yang hebat. 

Katanya, ada satu ciri yang dikongsi oleh kebanyakan orang berjaya. Iaitu percaya bahawa 'that things would turn out well '. Atau maksudnya, segalanya akan kembali ok. 

Dan perasan tak, maksudnya ialah betapa pentingnya ilmu yakin itu kepada usahawan. 

Katanya lagi, kepercayaan tentang keyakinan ini lebih penting sebenarnya dari ada pendidikan, lebih penting daripada ada sumber kewangan.

Satu lagi pemikiran dan keyakinan orang berjaya bila mereka berada dalam kejatuhan ialah, mereka yakin bahawa itu adalah satu pusingan. Bukan sentiasa berada di atas. Bila jatuh, itu bermakna sementara. Sementara nak naik semula. (They see it as a temporary glitch).

Dan prinsip yang dipelajari dari Uncle Dale Carnegie ini ialah, seorang usahawan perlu master dalam 'think', 'know', and 'feel'. Mereka fikir, mereka tahu, mereka rasa bahawa mereka pasti akan dapat (sesuatu bisnes). Mereka tahu mereka akan capai (impian dan matlamat ) mereka. Mereka dapat rasa akan lebih berjaya daripada tahun-tahun sebelumnya. 

Adakah kita dapat rasakan semua ini? Untuk orang kita yang beragama Islam, ilmu yakin pasti lebih mudah kita faham kerana kita faham bahawa REZEKI ALLAH ITU MAHA LUASNYA...dan ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI...Betul betul? 

Kalau belum rasa, tak ada cara lain yang lebih baik. Iaitu keluarlah mencari ilmu dan carilah mentor. 

WALLAHUALAM...

Siapa yang pernah ke seminar kami pasti ingat balik tentang ilmu yakin ini. Betul ke betul? Oklah, selamat menyambut rezeki yang tidak dijangka hari ini ya jutawan..

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah.. 

0 comments:

Post a Comment