Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, October 9, 2014

TIP SUPPLY OUTLET - ZURALICIOUS


- OLEH : SITI ZURA MARDZUKI (STOKIS N9)


Ramai yang pm saya tanya macamana saya berjaya supply ke beratus outlet....



Antara soalan yang di tanya



1. Semua outlet tersebut laku keras ke



2. Semua outlet kekal dan dapat bertahan ke

3. Apa saya buat kalau produk tak jalan di sesuatu outlet tersebut.....

Ok.....pendapat saya ye....kunci utama....sangatttt kena banyak sabarrrr. ...

Macam ni.....bila kita supply produk ke outlet. Biasanya kita yang akan tentukan berapa jumlah. Ok..memandangkan bisnes saya kek choc saya bagi contoh kek choc ye....biasanya di outlet baru saya akan mula supply antara 10-15 biji bergantung lokasi outlet tersebut.

Dan saya akan servis seminggu sekali atau bila kek habis ( ikut keperluan)

Biasanya saya beri peluang pada produk saya atau bahasa mudahnya tempoh percubaan selama minimum 3 bulan untuk tengok flow market.

Kali pertama supply kita tak boleh aspect produk kita habis semua...beri ruang masa untuk customer outlet tersebut mengenali produk kita. Mungkin mereka tak tahu kewujudan produk kita di situ. 

Itu yang pentingnya tempoh percubaan minimum 3 bulan. Dalam tempoh tersebut pastikan stok tidak putus, supaya mudah customer untuk "menyedari" wujudnya produk kita di outlet tersebut. Dalam tempoh ni memang kita kena hadapi apa jua risiko seperti produk sudah tamat tempoh dan sebagainya. 

Bisnes mesti la kena hadapi risiko....Kalau takut risiko baik jangan bisnes....kannnn

Kalau selepas 3 bulan jualan tetap tidak memberangsangkan apa nak buat?? Tanya balik diri kita.....

1. Marketing buat tak?

2. Bunting ada tak kat outlet tu?

3. Fb ads ada buat tak?

4. Apa cara kita buat untuk hebahkan pada customer yang produk kita ada di jual disitu?

5. Sample ada bagi customer? 

Saya pernah tempoh percubaan sehingga 6 bulan. Yang penting kita sangatttt perlu sabar.

Apa yang saya perhatikan melalui pengalaman ada sesetengah vendor baru hantar produk 2-3 kali ke outlet bila tak habis mereka dah stop. 2-3 kali je baru hantar dah nak mengalah. ...customer pun tak sempat nak kenal produk.

Ok lah takat ni je ye...nanti kita sharing lagi ya.

0 comments:

Post a Comment