Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, October 25, 2013

BELANJAWAN DAN PERANCANGAN KELUARGA

Stokis & Pengedar Anis Chocolate, cer baca...best!!..

[ BELANJAWAN DAN PERANCANGAN KELUARGA ]

Pagi esok selepas solat subuh InsyaAllah saya akan membentangkan belanjawan keluarga yang secara asalnya akan meliputi perbelanjaan keluarga dan yang paling utama perancangan kami dalam mengembangkan perniagaan STYLORICH untuk bulan November sehingga lah tahun berikutnya..

Perbentangan belanjawan keluarga ini amat penting bagi melihat hala tuju demi meningkatkan taraf hidup keluarga selain ingin melihat taraf hidup sekeliling juga turut meningkat .

Selepas selesai kursus Insentif Jutawan Industri ( IJI ) terakhir pada SEPTEMBER kami tidak mengambil masa yang agak lama untuk mengembangkan perniagaan kami..Saya dan isteri telah diberi petunjuk oleh Allah swt untuk mengedar Anis Choc Moist Cake di sekitar Kuantan amnya.. Dan Alhamdulillah selepas hampir sebulan kami telah berjaya mengedar hampir ke 20 outlet yang terpilih..Hasil nya alhamdulillah memberangsangkan...

Melihat kepada perkembangkan yang positif ini melalui matlamat dan dasar tidak pandang kebelakang kami telah merancang satu strategi untuk mengembangkan perniagaan ini..Dan dengan izin Allah sekali lagi kami telah diberi petunjuk oleh Nya...insyaAllah seawal bulan November kami akan membuka satu kiost bagi memudahkan orang ramai menikmati Anis Choc Moist Cake ini..Kek yang menjadi fenomena hari ini..Lokasi yang kami pilih ialah Urban Tranformasi Centre atau pun UTC bertempat di tengah - tengah bandar KUANTAN..

Selain daripada itu kami juga merancang untuk melebarkan perniagaan ini ke luar daerah seperti PEKAN pada peringkat permulaannya..

Bagi memperkasakan lagi perniagaan ini seperti yang selalu diperkatakan SEDEKAH merupakan perkara terpenting dalam perniagaan..InsyaAllah kami akan mengingfaqkan sebahagian daripada hasil yang kami terima kepada yang memerlukan.Kami yakin setiap yang diinfaqkan insyaAllah kami akan menerima balasan yang baik...Seperti yang selalu diucapkan iaitu The power of Sedekah...Seperti yang diumumkan Perdana Menteri siang tadi saya pun akan turut mengumumkamn akan memberi bonus kepada tersayang dan orang sekeliling . Mungkin lebih dari separuh bulan yang diumumkan oleh PM tadi ..insyaAllah..

0 comments:

Post a Comment