Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, October 29, 2013

HARI PENCALONAN TOP DEALER UNTUK OKTOBER 2013

BULETIN ANIS CHOCOLATE:

HARI PENCALONAN TOP DEALER UNTUK OKTOBER 2013

Assalamualaikum wahai Stokis,

Jangan lupa tolong bagi nama pemenang dealer anda untuk Hadiah Misteri Bulanan untuk bulan September ini. Sekali lagi, dealer terbaik untuk setiap bulan perlu dinilai dari segi:

1.Kuantiti jualan kek- yang paling banyak terjual.
2.Bayaran dah dilunaskan. Yang masih ada hutang, adalah tak layak ye.
3.Attitude - mempunyai sikap yang menyenangkan, mudah berurusan dengan pihak stokis.
4.Senyum - dealer yang paling suka dan paling banyak senyum.
5.Sedekah - dealer yang paling suka bersedekah (macamana nak tahu?..pasang spy)
6.Gigih- Nampak kegigihan berbisnes. Bukan hangat-hangat tahi ayam.
7.Tahan dugaan -Bisnes atau tak bisnes pun memang banyak dugaan, pilih yang faham bahawa dugaan itu adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang boleh bawak mati. Contoh, kalau kek kena reject, try lagi..kalau setakat sekali atau dua kali dirject dah frust, tak payah pilih sebagai terbaik.
8.Tak suka komplen - yang suka komplen memanjang, komplen yang tak membina, tak payah pilih.
9.Positif - orang yang suka cakap negatif, tak payah pilih.
10. Suka hati anda nak pilih siapa...Hanya anda tahu siapa yang layak!..

p/s: Tulis nama dealer anda yang terpilih di kotak 'comment' di bawah ini.
 Sertakan berapa biji kek yang telah dibuat sepanjang bulan ini.

Terima kasih.

Tuan CEO,

Tuan Junaidy Abu Bakar.

0 comments:

Post a Comment