Saya suka citer-citer macam ni...Best! Inspiring!!...
Mati hidup semula - Part1
Suami pernah mempunyai restoran
berkonsepkan makanan ala barat di sg petani di sekitar tahun 2003.
Selepas kami berkawin, suami telah memutuskan untuk berhenti kerja keran
sudah bosan bekerja, dan ingin mencuba nasib untuk meniaga. Tanpa
berbekalkan ilmu dan mentor yang cukup, suami nekad untuk mencuba
membuka restoran. Kami yang pula baru berkawen, sudah tentu tidak
mempunyai modal yang cukup, jadi saya cuba meminjam pinjaman peribadi
daripada bank rakyat. Alhamdulillah, pinjaman diluluskan, dan suami mula
teruja untuk memulakan kehidupan yang baru seorang peniaga.
Tanpa ilmu, dan mentor .. ada mentor di depan mata, tapi tak pernah
ambil kesempatan untuk belajar .. berniaga syok sendiri, pelanggan ada
tapi kehidupan masih tak senang .. hanya mengharapkan pelanggan yang
datang untuk makan, masih tidak cukup untuk menampung kehidupan kami ..
saya yang masih bekerja, membantu suami sedaya upaya untuk mencukupkan
keperluan kedai dan keluarga.
Melihat kehidupan yang makin lama makin teruk, saya mula cuba ingin
membantu suami dengan berniaga juga. Kami tidak boleh harapkan makan
gaji yang naiknya tak sampai 10% setahun. Saya merancang untuk membuka
perniagaan dobi layan diri berkonsepkan cafe. Kebetulan, kerajaan ada
menawarkan Skim Usahawan Siswazah di bawah kementerian SME (tak ingat
nama sebenar), dan saya mula membuat kertas kerja rancangan perniagaan
saya untuk di serahkan pada kementerian untuk diteliti. Saya disyaratkan
untuk pergi kursus selama seminggu di KL, dan selepas itu saya mestila
hantar kertas kerja sebelum dipanggil oleh kementerian untuk
pembentangan.
Saya habiskan masa dan wang turun naik turun naik
KL, membuat pelan konsep dobi layan diri, pendek kata, saya nekad untuk
mendapatkan pinjaman yang ditawarkan.
Alhamdulillah, saya telah
dipanggil untuk pembentangan kertas kerja di KL, saya turun ke KL
dengan suami, berhadapan dengan 6 orang panel dari wakil SME, dengan
bersungguh sungguh saya dan suami menerangkan konsep dobi kami,
keputusan akhirnya ..
Ditolak oleh pihak kementerian dengan alasan, perniagaan dobi di dalam Malaysia, statistiknya 9/10 adalah GAGAL!
Tersentap dengan alasan yang diberikan, suami membalas 'I dont want to
waste your time, and I dont want to waste my time, for me time is money'
... dan kami terus meninggalkan tempat itu, dan bertekad untuk tidak
meminta apa apa pinjaman daripada mana mana pihak, dan kami juga
bertekad untuk berjaya dengan hasil usaha sendiri.
Selepas balik
dari KL, kehidupan kami tidak bertambah baik .. makin hari makin
merundum. Hutang makin menimbun, suami telah membuat keputusan drastik,
jum kita berpindah ke KL untuk memulakan kehidupan yang baru. Saya
bertanya, bagaimana dengan restoran? Suami berkata saya pindah dahulu,
dia akan berpindah kemudian bila dia rasa dia boleh melepaskan semua
pada rakan niaganya.
Saya mula membuat permohonan untuk berpindah ke KL. Alhamdulillah, permohonan diterima dan bermulalah kehidupan kami di KL.
Tertubuhnya Shugarholic atas desakan hidup, dan bagaimana ia bermula? TUNGGU !!! kisah part 2 !!! smile emoticon
* kenangan manis suami bersama staff restoran *
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment