Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, October 18, 2013

NILAI DIRI KITA

NILAI DIRI KITA

Ciri yang paling penting yang perlu ada dalam diri seorang usahawan yang bakal bergelar jutawan ialah dia perlu tahu sama ada dirinya bernilai atau tidak. Dia juga perlu tahu sama ada dia adalah ASSET atau LIABILITI kepada syarikatnya sendiri.

Nak tahu siapa asset dan siapa liability, nilaian pertama adalah pada corak kerjanya. Apa yang sering dilakukan? Apakah tugasnya? Adakah kerjanya mempunyai nilai yang tinggi atau kerja yang dilakukan rendah nilainya?..Kadang-kadang anda sendiri pun tak tahu yang mana tinggi nilainya yang mana rendah nilainya. Itu bermakna, anda belum betul-betul ada minda usahawan lagi!

Bukan kata anda, saya pun dulu sama jugak. Masa mula buat bisnes dulu, saya buat semua kerja yang rendah nilainya. Sayalah yang beli barang..sayalah yang buat delivery, hantar kek sana sini..Kalau sale masih RM10K kebawah, saya rasa oklah kalau nak buat sendiri..Tapi bagi yang sale dah RM10K ke atas, lebih baik gajikan sajalah kerja-kerja yang rendah nilainya itu kepada seorang pekerja.

Bagi usahawan makanan contohnya, yang buka restoran..yang buat kek..saya rasa pergi ke kedai untuk membeli barang adalah tak patut dibuat. Sebab nilai masa bagi seorang usahawan yang berjiwa jutawan adalah sangat sangat berharga. Leveragekan  saja kerja membeli barang kepada seorang pekerja. Kerja macam tu siapa pun boleh buat. Tak payah guna otak pun. Tapi mungkin ada yang akan mengatakan, nanti pekerja tak tahu yang fresh dan sebagainya. Point kat sini ialah, jangan buruk sangka dan percayalah pada pekerja kita.

Kenapa dia tak nak beli yang fresh? Kerana dia belum betul-betul kenal dengan diri anda..kerana dia belum betul-betul sayang diri anda..Kalau dia benar-benar kenal dan sayang..tak mungkin dia nak buat sesuatu yang tak elok pada anda.Kalau dia betul-betul sayang pada anda dan bisnes anda..pasti dia akan beri yang terbaik dalam kerjanya. Bila tak ada perhatian dan kasih sayang pada staff kita..Dia tak akan nampak apa-apa selain daripada duit @ gaji. Konsep "nak tolong" tu tak ada dalam diri dia. Kenapa jadi macam tu? Kerana skill "manage" manusia tu tak ada dalam diri anda. Dah lah tak ada skill tu, tak nak pegi belajar pulak!..

Maaflah, saya ni kata macam-macam tapi bila ingat balik..saya dulu sebelum belajar, saya pun sama jugak. Dari Subang Jaya saya sanggup hantar 60 biji kek ke sekolah kawan baik saya di Nilai yang mengambil masa 45 minit nak sampai. Kadang-kadang jadi sejam, sebab singgah R&R untuk take a nap jap..badan letih, mata pun jenis tak tahan..Tidur 10 minit jap kat tepi jalan. Bayar tol dah RM14 ringgit kot masa tu pegi dan balik. Minyak lagi..berapa? Nak hantar 60 biji kek saja?

Tapi, itu saya tak consider as RENDAH NILAINYA kerana apa yang saya buat masa tu ialah demi PERSAHABATAN..Nilai relationship itu sangat tinggi buat saya. Saya tak kisah berapa sekalipun kawan saya ni order, saya tetap nak hantar. Sebenarnya dia sendiri tak tahu..dia sendiri selalu tanya, boleh ke hantar, order sikit je pun..Saya kata boleh...Dia mungkin ingat sebab bisnes..Tapi tidak, saya sanggup buat adalah kerana hanya dengan cara itu saja saya dapat berjumpa dengan dia.

Dia tak tahu pun..Siapa pun tak tahu..Suami saya pun tak tahu..Saya cuma mencari alasan!..Dan kek coklat saya ini saya jadikan sebagai alasan supaya saya dapat berjumpa dengan kawan baik saya ini. Supaya suami saya membenarkan saya ke Nilai untuk menghantar kek, tapi sebenarnya saya nak menghantar LOVE...

Tak tahulah saya sama ada kisah ini ada kena mengena dengan tajuk atau tak..haha..Tapi, bagi saya..NILAI PERSAHABATAN adalah sangat bermakna dalam dunia perniagaan kami ini. Kami ingin mengeratkan silaturrahim di antara kawan-kawan lama dan kawan baru di dalam bisnes kek coklat ini.Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Amin.

WALLAHU'ALAM...

0 comments:

Post a Comment