Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, October 31, 2013

KATA-KATA ANIS 3


TIPS BISNES : Harus hormat menghormati sesama sendiri..

Ada yang first time deal bisnes?..
Tak kira anda anak siapa, isteri siapa atau pangkat setinggi mana pun, bila nak deal bisnes dengan orang lain...pastikan..

Anda mesti tunduk ke bum...i!!..

Mesti respect prospect/klien yang kita jumpa..Antara tipsnya selain daripada SENYUM:

1.Lembutkan, maniskan dan lemakkan suara!!!...
(Kalau on the phone, pastikan guna suara dan bahasa yang menghormati orang, jangan berkasar dengan client/prospek kita! )

Ini pun dah cukup bagus..

***********************************************************************************


JANGAN KUTUK CUSTOMER

Masyaallah...wahai orang bisnes, janganlah biasakan diri kita ni mengutuk, menyumpah seranah pelanggan kita walau terdetik dalam hati sekalipun..dan walau dia salah sekalipun..

Betul..kita pun bukan malaikat, dan customer pun bukanlah selalunya betul..Kecik hati sikit dengan customer tu perkara biasa..inilah bisnes, tapi jangan sampai ingat nak penampaq dan sepak terajang pulak...uishhh sedih dikk...

Jadilah usahawan yang berattitude dan beretika kalau kita nak lama dan berkekalan dalam bidang perniagaan ni kay..

♥Tegur-tegur manja...
*********************************************************************************

KALAU BERHUTANG, PLEASE UPDATE BOLEH BAYAR KE TAK..OK...

Attitude yang terbaik bila kita berhutang tapi tak boleh bayar....ialah kita kena update status hutang kita tu..Just update jer, kalau tak boleh bayar lagi...bagitau je..Kalau malu nak call, SMS kan ada..facebook kan ada..Itulah kegunaan teknologi..

Bila kita berhutang, kita jangan biarkan pemberi hutang kita tu tertunggu-tunggu bila lah ...agaknya kita nak bayar balik..Dia terlupa ke? Atau buat-buat lupa? Jangan biarkan orang tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu kayyy..

Orang yang berhutang tapi boleh update kalau dia tak boleh bayar, adalah orang yang kuat! Dan bermakna dia bertanggungjawab dengan keputusan yang dia buat.

Belajar untuk hadapi hutang dan peminjam...Bukan lari dari hutang...dan lari dari peminjam!

~Salam Sayang~
*********************************************************************************



Anda TAK SESUAI berbisnes atau bisnes anda susah nak melonjak naik kalau anda....:

1.Tak reti nak senyum.
2.Pemarah / Kepala hangin
3.Tak sabaq
4.Serius sangat, tak ada humor
5.Pentingkan diri

Kalau ada lagi, tolong tambah yer adik-adikkk...biaq depa sedaq skettt...hehe jangan marahhh...nanti kena jual...

Senyum jerrr...

**************************************************************************************

Orang biasa-biasa sentiasa memikirkan tentang duit/gaji tak cukup, sale drop, macamana nak 'survive', hutang piutang, cara efektif untuk berebut harta pusaka atau macamana nak setelkan hutang credit card...

Tapi....

Orang kaya dan berjaya tidak ada masa nak fikirkan itu semua.Bukan mereka tidak ada hutang, bukannya bisnes mereka sentiasa bagus, sale drop jugak...

Tapi mereka tak fokuskan semua ...tu..Mereka tak fokuskan hutang.Mereka hanya membenarkan otak mereka dipenuhi dengan "abundance" & " "wealth" SAHAJA.

Mereka hanya memikirkan macamana hendak MENARIK lebih banyak kekayaan, bukan untuk diri mereka sendiri semata-mata...tetapi untuk berkongsi dengan lebih ramai orang dan menambah nilai hidup lebih ramai orang lagi...

Salam Sayang
**********************************************************************************

MIRACLE

Terlalu banyak keajaiban yang berlaku terhadap orang-orang sekeliling kami akhir-akhir ini.

Macam-macam miracle yang terjadi...ada yang melonjak naik bisnes mereka, financial semakin bagus, perhubungan semakin baik, ada yang kesihatan pun beransur pulih...

Alhamdulillah semuanya atas kuasa dan kehendak Allah!!..Tiada kuasa lain sehebat kuasa Dia, Ya Rahim..Ya Razzaq...Ya Malik..!

Merek...a yang mengalami keajaiban hidup ini mempercayai 'magik'.Dan 'magik' hanya berlaku pada orang yang mempercayainya.

Bagaimana untuk mempercayai 'magik'?

Senang saja....

Percayalah pada Allah!!...

Hanya Kau Yang Satu
*********************************************************************************8


Cara paling simple untuk menarik kekayaan dan kejayaan adalah dengan tukar diri kita.

Tukar jadi apa?

Tukar jadi MAGNET.

Bayangkan diri kita adalah magnet.Bayangkan betapa banyaknya duit melekat-lekat pada badan kita...Kalau dah banyak duit tu..sedekah-sedekahkanlah sama pada yang memerlukan...

Orang yang boleh bertukar menjadi magnet saja boleh menarik apa saja yang dia nak.

Logik ke magik?... :)♥
***********************************************************************************

 
Untuk elakkan kita dapat result atau hasil yang sama, kita perlu mulakan buat sesuatu yang berbeza setiap hari. Kalau tak boleh setiap hari, kita mulakan dulu sebulan sekali..atau seminggu sekali..

**********************************************************************************
Hiduplah hari ini dengan penuh kesyukuran. Hargai setiap detik yang kita lalui pada hari ini. Tak perlu ingat lagi tentang kegagalan masa lalu. Semuanya dah berlalu. Jangan ada perasaan menyesal, kerana perasaan ini tidak memberi apa-apa kebaikan pada diri kita. Lepaskan perasaan itu!..

Yang penting bukan semalam..bukan masa depan..Tapi HARI INI!...

~Be in presence and enjoy your day~
*************************************************************************************

 Dalam keluarga, kalau nak berubah tu...'KEPALA' lah kena berubah dulu..
Kalau 'KEPALA' tak betoiii...kejap ke kiri, kejap ke kanan..macamana ekor nak ikut?..
***********************************************************************************

Sedar tak sedar, kadang-kadang kita tak boleh berjaya hanya disebabkan oleh satu ayat sahaja! Dengan satu ayat itu sahaja kita dah takut nak bertindak!..

Jadi..,

Jangan kita buat perkara yang sama.Apa saja angan-angan dan impian dan keinginan positif kawan-kawan kita, adik-adik atau saudara mara kita..bagilah pandangan dan perkataan pertama yang keluar dari mulut dan hati kita ialah yang positif!..

Jangan ditakut-takutkan kawan kita dengan cerita-cerita kegagalan, kerana kegagalan itu untuk orang lain..bukan untuk kawan kita..dan bukan jugak untuk kita!

Salam Sayang
***********************************************************************************

Orang yang stress sebenarnya adalah mereka yang tidak yakin dengan kuasa Allah!..
********************************************************************************

Orang yang berjaya tak akan berjaya kalau dia bergerak SENDIRIAN.Kalau yang dah berkahwin, pastikan pasangan anda adalah business partner anda.

Kalau pasangan anda tak berminat, jangan paksa pulak..atau merajuk pulak..Cari seorang kawan untuk sama-sama menjayakan misi anda.Kalau tak ada siapa pun nak bekerjasama dengan anda, baik masuk gua jap untuk bermuhasabah diri...


 The power of sharing♥

 

***********************************************************************************


Passion adalah sesuatu pekerjaan yang...

kita suka buat
kita rasa sgt enjoy nak buat
kita tak rasa penat atau stress walaupun sepanjang hari kdg sampai ke mlm kita melakukan pekerjaan tersebut
♥kita rasa konfiden walaupun ada org kata tak boleh buat...
♥kita tak rasa bosan walaupun dah buat kerja tu bertahun-tahun..
♥kita boleh bersengkang mata melakukan pekerjaan tersebut. .♥buat kita boleh bangun pagi seawal-awalnya untuk menemui passion kita itu...

Itulah passion bagi saya...
Passion bagi uols caner pulak?...
*************************************************************************************




BPF saya pesan,

Untuk berjaya, kita kena sayang,cinta,asyik masyuk dengan produk kita atau bisnes kita atau kerjaya kita.

Sayang 'dia' kerana 'dia'lah membuatkan kita gembira..kerana 'dia'lah kita dapat hidup dan tambah nilai hidup orang lain..

Kalau tak sungguh-sungguh sayang 'dia', lupa kat 'dia', macamana 'dia' nak sayang kita balik?..Jangan sampai 'dia' ingat kita nak mempergunakan 'dia' hanya untuk kesenangan kita sahaja?..

♥BPF = my Business Partner Forever♥
********************************************************************************
 

Kalau anda sedang bergembira pada saat ini, bermakna anda sedang memikirkan perkara-perkara yang yang best.

Sebab, adalah mustahil untuk orang yang negatif berasa hidupnya gembira.Tengok sajalah betapa masam dan ketatnya muka mereka.

Ini adalah kerana mereka sedang memikirkan perkara-perkara yang negatif, mereka sedang memikirkan keburukan orang, mereka sedang marahkan seseorang.Mereka sedang me...mikirkan tentang hutang piutang mereka.

Jadi, untuk hidup dengan gembira, fikir dan rasa gembira saja.Just have fun!..Sebab lebih banyak anda RASA gembira anda akan menarik lebih banyak perkara yang best dalam hidup anda.

Kalau difikirkan, memang kegembiraan lah yang kita cari-cari dalam hidup ini. Apa lagi?

♥Have fun along your journey to success♥

*********************************************************************************
Ramai orang memulakan bisnes, ada kos untuk renovation. Sanggup pinjam sana sini untuk renovation. Nak jadikan kedai dan ofis kita secantik-cantiknya..

Tapi, ramai yang terlupakan sesuatu. Tak ramai yang ada kos untuk marketing.Orang kita memang lack kat situ..

Last-last bila tak ada orang datang ke kedai, jangan salahkan jiran sebelah pulak ye kakkk...Jangan ingat orang dengkilah..jeles lah..Marketing yang tak buat sebenarnya tu...

Pegi belajar buat marketing ye uols...


*********************************************************************************

Perasaan kita terhadap bisnes @ kerjaya @ duit @kejayaan kita, akan mempengaruhi tindakan kita.

Maksudnya, kalau kita sayang, cinta sampai asyik masyuk dengan bisnes @kerjaya kita..kita akan bertindak secara positif.

Bermakna jugak, kalau uolss yang belum bertindak lagi ni..adakah uolls tak betul-betul jatuh cinta pada bisnes u?..

♥Positive feeling = Positive action♥
**********************************************************************************



Bila ada yang mengatakan, tipulah kalau kita tidak meletakkan wang di tempat paling tinggi dalam hidup kita.

Kita tak mengejar kekayaan, tetapi hanya mengejar redha Allah dan mempunyai niat berbisnes hanya untuk menambah nilai hidup orang lain...

Ada yang tak faham...
Tak apa..maafkanlah mereka..

Kerana, bukan semua orang boleh memahaminya..
Kerana, mereka belum sampai lagi ke tahap itu..

Doakanlah satu hari nanti semakin ramai yang akan sampai ke tahap ini...Aminn....
************************************************************************************



Sebenarnya orang berjaya ni ada habit dan pattern yang sama.

Orang kaya buat bisnes sebab nak tolong orang..Kalau ada yang tak terfikir macam tu, fikir buat bisnes untuk nak kayakan diri sendiri saja...risaulah jugak kann?..

♥Tumpang risau jer...:(♥
 
************************************************************************************
 

Orang yang berjaya tak akan berjaya kalau dia bergerak SENDIRIAN.Kalau yang dah berkahwin, pastikan pasangan anda adalah business partner anda.

Kalau pasangan anda tak berminat, jangan paksa pulak..atau merajuk pulak..Cari seorang kawan untuk sama-sama menjayakan misi anda.Kalau tak ada siapa pun nak bekerjasama dengan anda, baik masuk gua jap untuk bermuhasabah diri...

The power of sharing♥
 
**************************************************************************************



BISNES kita adalah refleksi kepada KEHIDUPAN kita.

Kalau kita jenis orang yang tak boleh kawal emosi, cepat naik angin, emosi terumbang-ambing..Hati-hatilah...ditakuti bisnes kita pun terumbang-ambing nantinya.

♥Guru saya ajar untuk banyakkan beristighfar dan berselawat..
 *********************************************************************************
WARAS TAK WARAS

Melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali sambil mengharapkan keputusan yang berbeza, ia adalah sesuatu yang TAK WARAS ! Kata Einstein.

Bermaksud, bagi membolehkan kita menjadi kaya, kita perlu menukar apa yang kita lakukan sekarang.

Teringat pulak, dulu saya pun TAK.WARAS!..Buat kerja yang sama setiap hari..hantar kek, hantar kek.hantar kek..

Bila leverage kerja tu pada orang lain, rupanya itu merupakan antara langkah keluar dari ketidakwarasan!

♥Same habit = Same result
*************************************************************************************
 

 
Kalau kita konfiden dengan produk yang dijual, kita akan berlari laju meninggalkan yang lain..

Konfiden dengan produk dah semestinya kita perlu ada untuk meningkatkan jualan kita.

Tapi...yang lebih penting ialah konfiden dengan DIRI SENDIRI!!...
Orang yang tahu dirinya ada NILAI tertentu tang tak ada pada orang lain akan terbang lebih tinggi!

♥I know you can fly without wings!!

************************************************************************************
Selalunya kan, nak dapat jualan RM1000/RM10 000/RM1 juta adalah lebih susah daripada nak dapatkan ribu/puluh ribu/juta yang kedua.

Bila dapat touch saja seribu @ sepuluh ribu @ 1 juta pertama, macam sekelip mata saja dah capai dua ribu@dua puluh ribu @ 2 juta.

~Betull...cer try dulu :) ~
************************************************************************************
 

0 comments:

Post a Comment