Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, October 22, 2013

NAK DAPAT BANYAK LIKE?

NAK DAPAT BANYAK LIKE?

Ada persoalan dari pengedar kami:

Macamana nak bagi orang LIKE kat page kita, sedangkan yang jadi silent reader setiap post kita ramai....contoh page saya...yg silent reader hampir cecah seribu lebih?

Pandangan kami:

Bila observe Page Puan ni, dia baru bermula pada 21hb September 2013 dengan mendapat 114 LIKES.

Bermakna baru sebulan je beroperasi tu dearrr. ..

Macam ni lah yer,

1. Kita tak boleh paksa orang LIKE Page kita.Kalau dia tak nak LIKE, bermakna dia tak betul-betul kenal kita lagi.Bukankah tak kenal maka tak cinta?
2.Macamana nak buat dia KENAL kita?..Kena perkenalkan diri kita dulu..bukan setakat nak menjual produk kita saja.Siapa diri kita sebenar-benarnya? Apa yang ada dalam diri kita? Apa pengalaman kita yang boleh menambah nilai hidup ramai orang? Bukan pengalaman orang lain..tapi pengalaman sendiri lebih bermakna.
3.Fokus kepada MEMBERI. Bukan MENERIMA.
Setiap hari status yang saya update adalah untuk berkongsi apa saja yang saya tahu melalui pengalaman dan sedikit ilmu yang dipelajari.Anda?
 4.JANGAN HARD SELL.
Bila asyik tunjuk produk kita jer, boringlah dia.Apa beza kita dengan orang lain? Kalau kita sendiri pun suka ke tengok Page yang menjual produk dia jer..
5.Buat FB ADS.
Paling senang nak tambah LIKE adalah dengan buat BELI LIKE.Saya tak begitu pasti tentang ini, sebab tak pernah buat.Tapi memang nak buat, cuma Admin Page Manager saya tengah huru hara dengan bisnes Stesyen Minyak Petronnya.

Fokuskan kepada MEMBERI. ..bukan MENERIMA okay uolssss..

0 comments:

Post a Comment