Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, October 21, 2013

RAMAI YANG TAK BUAT MARKETING!...

RAMAI YANG TAK BUAT MARKETING!...

Semalam saya dengar cerita tentang seorang peniaga roti yang dah tutup kedainya.Sedangkan dah lama bisnesnya membuat dan menjual roti ni. Bila dengar je cerita macam ni, kami jadi tersentap sekejap. Ye lah, kesian dengan mereka yang terpaksa menghadapi situasi macam ni.

Dalam bisnes, aktiviti marketing adalah paling penting dan perlu ditekankan oleh semua peniaga. Pelik saya..boleh ke nak buat bisnes tapi tak buat marketing? Business is marketing, marketing is business..Itu basic sebasicnya..(Hehe..dulu saya pun tak buat jugak marketing..Dah ada ilmu baru lah buat marketing ni..)

Ramai di kalangan orang kita yang dah lama berbisnes dah bertahun-tahun lamanya tapi masih di takuk lama..kenapa? Ramai peniaga sebenarnya korek lubang gali lubang saja kerjanya. Hutang keliling pinggang. Setiap bulan duit sales tu untuk cover hutang saja. Makan minum anak bini mungkin cukup, tapi untuk nak 'memberi' tak lepas!..Mak ayah pun tak pernah kasi, apatah lagi saudara yang lain.

Kalau macam tu keadaan bisnes anda, baik tak payah bisnes. Baik kerja saja..dah tentu gaji masyuk tiap-tiap bulan..dah tentu ada increment atau naik pangkat setiap tahun. Tengok orang bekerja yang dapat hidup selesa, dapat pegi umrah, beli rumah, kereta, tapi...kita yang berniaga dapat apa?

Sepatutnya orang yang berniaga kena lebih lagi dari yang bekerja ni..Hehehe..Jangan marah yer..Kalau u belum ada apa-apa baik buatlah sesuatu!..

Sebab kalau nak kerja balik mesti tak nak kan?..Orang berniaga ni mesti tak nak kerja balik, takkan nak melalui zaman jem balik..zaman punch card..zaman orang tetapkan apa yang kita kena buat..tetapkan masa nak makan..Orang bisnes tak boleh nak buat macam tu!..Dia nak buat suka hati dia..Bila dia rasa nak bercuti, dia boleh book flight. Bila dia rasa nak balik kampong tengok mak ayah, anytime suruh driver hantar..Bila ke mesjid, 100 - 200 ringgit boleh masuk macam tu jer dalam tabung masjid tu..Bila rasa nak kuar shopping, hari isnin, selasa, rabu, khamis, pun boleh..tak payah tunggu hari sabtu atau ahad. Itulah baru FEEL jadi orang bisnes...

Jadi, kalau bisnes u masih di takuk lama..Nak tahu u takuk lama atau tak..Cer jawab soalan ni.Rumah dah beli? Kalau dah beli untuk diri sendiri, dah ada 2nd, 3rd, 4th house?..Umrah dah pernah pegi? Dah bawak mak ayah pegi umrah atau haji? Melancong tak payah tanya lah yer..mungkin pernah sampai
Langkawi je kot..huhuuuu..

Maafkan saya yer, bukan bermaksud apa-apa..Cuma rasa kesian kalau bisnes masih tahap lama. Langsung tak ada peningkatan. Teringat pulak pada pengedar saya, Alhamdulillah stokis saya bulan ni saja dah 2 orang tukar kereta. Kereta idaman ramai jejaka Malaya tu!!...Dari yang dulunya pakai 'KANC' dan "MYVI' , kini dah bertukar jadi Ford Ranger. Dari yang berniaga dari rumah, kini dah ada kedai dan menjual berbagai-bagai produk..bukannya kek coklat kami saja..Dari yang tak ada pekerja, semua buat sendiri..ada yang dah pasang 3 orang pekerja!..Itu satu perkembangan yang sangat hebat dan membanggakan sebenarnya!..

Kalau yang belum dapat apa-apa ni, saya kesian...Pendapat saya, melalui observation saya, yang kurang dan sangat tak dipentingkan oleh orang kita ni ialah TAK BUAT MARKETING!..Ada yang mungkin tak pernah pun buat marketing!..Offline atau online ker..tak pernah buat!..Tak boleh macam tu kakak-kakak..abang-abang..Marketing ni lah nadi kita orang bisnes sebenarnya..

Ramai yang bukak kedai, dan jadi penunggu kedai!..Tunggu punya tunggu customer datang..Patutnya menjemput customer..Macamana nak jemput customer?..Itulah dia buat marketing!..Pasang banner ke bunting ke..Kalau buat itu pun dah boleh huru-hara tauu..Dah boleh tak cukup tempat duduk..Dah terpaksa cari kedai yang besar sikit...Baru lah best!.. Barulah bisnes namanya!..

Kalau tak buat marketing, macamana orang baru nak tahu tentang produk kita?..Takkan nak harap kat customer lama saja?..Sebenarnya ada beratus-ratus strategi marketing orang bisnes boleh apply. Boleh buat banner, bunting, melalui SMS, suratkhabar, majalah, facebook, semuanya kita boleh buat.

Orang bisnes kena ada portion untuk kos marketing. Ini yang ramai tak ada. Bukan setakat kos renovation saja tau...Kos marketing pun kena ada!..Infact itulah kos yang kita kena sediakan dari awal lagi..Bukan bila ada lebih-lebih baru nak buat marketing. Dan, kalau ada yang tanya saya kenapa bisnes dia tak naik-naik..soalan saya balik ialah..MARKETING buat tak?..Itu je persoalannya..

WALLAHU'ALAM....

~Buat marketing yer uolsss.....~


#‎sahamakhirataniscmc‬

0 comments:

Post a Comment