Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, October 24, 2013

TIPS MEMILIH STOKIS

TIPS MEMILIH STOKIS/RAKAN KONGSI

Ramai yang ingin belajar bagaimana kami memilih 20 orang rakan kongsi /stokis dan pengedar yang hebat dan yang terbaik! Serta baru-baru ini pada 20hb Oktober, kami menempa sejarah baru dalam bisnes kami iaitu kami mempunyai business partner ataupun rakan kongsi untuk perniagaan yang dibuka di Kota Kinabalu, Sabah.

Sebenarnya, kami meletakkan beberapa kriteria pemilihan untuk diambil sebagai rakan kongsi kami seperti di bawah ini. Bagaimanapun, ingin kami tekankan bahawa, semua stokis kami perlu bermula sebagai pengedar biasa dahulu. Setelah melepasi ujian kelayakan yang kami tetapkan, barulah kami akan 'upgrade' mereka untuk menjadi Stokis. Dan untuk pengetahuan, Stokis kami tidak dikenakan apa-apa bayaran. ZERO RINGGIT!..

1. ATTITUDE/ SIKAP
No 1 yang kami pilih ialah orang yang sangat menyenangkan sikapnya. Sikap yang positif dan saling menghormati adalah antara ciri pertama yang kami perlukan. Memilih rakan kongsi sama juga proses pemilihan kita dalam berkawan. Cuma, dalam berkawan kita buat secara tak sedar. Dan, sebenarnya kita lebih cenderung untuk berkawan dan memilih rakan kongsi ini yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan diri kita. Kita akan selesa berkawan dengan orang yang mempunyai sama nilainya seperti diri kita.

Antara lain, sikap mereka yang kami suka ialah tidak terlalu cerewet, ada give and take, tidak terlalu berkira dari segi kewangan dan transparent. Contohnya, attitude Stokis Negeri Sembilan kami iaitu Pn.Siti Zura Mardzuki yang sangat mudah untuk bekerjasama dan memahami. Contohnya, penghantaran kek untuk dia dah di tetapkan pada setiap hari Rabu dan Ahad. Tapi tiba-tiba kek dia kehabisan stok dan ada urgent order. Dia call dan mintak staff kami yang hantarkan.Tapi kebetulan staff kami pun dah penuh dengan jadual penghantaran masing-masing jadi tak dapat hantar pada dia. Tapi Pn Zura dan Tn Tajul ni sangat memahami dan mudah untuk berurusan..Diorang akan turun sendiri dari Nilai ke Shah Alam semata-mata untuk ambil 100 atau 200 biji kek sahaja. Awesome kan?..

2.KOMITMEN
Kami sangat pentingkan komitmen. Kami mencari mereka yang boleh komit dalam perniagaan ini. Walaupun tak buat bisnes ni secara full time, tapi tahap komitmen tu tetap tinggi. Kami mencari mereka yang lebih kurang sama komited macam kami yang kuat bekerja pada permulaan bisnes. Ye lah, kita akan mencari yang sanggup bekerja walau sampai ke tengah malam, sampai ke pagi..dan sanggup mengorbankan hari minggu dan hari cuti kita. Bukan yang pukul 5 dah kena balik!..Bukan yang hari Sabtu Ahad dah tak boleh bekerja sebab hari cuti!..Untuk permulaan, tidak!..kita tak boleh buat macam tu!..

Contohnya, ada stokis kami dari Perak Utara iaitu Moon & Ju, tahap komitmen dia SUPER TINGGI!..Dia sanggup drive hantar kek dari Parit Buntar terus ke Utara (Changlun) pada setiap hari Sabtu selepas balik dari kerja. Dan dia akan pusing balik ke Selatan, sambung hantar kek sepanjang highway sehingga Ahad pagi, dan terus lagi sampai Ahad malam.Itu tahap komitmen yang SANGAT TINGGI!..Terbaiklahhh Moon & Ju!!...

3.PENGURUSAN KEWANGAN
Sebenarnya, pada awal bisnes,kita kena pandai pilih orang yang stabil kewangannya. Kalau dia tak stabil, tak lama lagi konfem dengan kita pun jadi tak stabil..Ada satu kes ni, kami pilih Tuan Najib dan Puan Suzana untuk menjadi Stokis KL kami kerana kami tengok attitudenya yang bagus bila waktu bayaran bil.

Tak pernah dia terlupa bawak duit ke..tak pernah dia tiba-tiba tertinggal wallet atau buku cek ke..Itu yang kami suka!..Dia sangat concern pasal bayaran. Nampak sangat dia bukan jenis orang yang suka berhutang!..Dia cepat-cepat nak setel. Kami tak suka pilih orang yang tak pandai manage duit, kerana itu menunjukkan yang dia tak ada disiplin. Kalau tak disiplin macamana nak buat bisnes?

4.PERFORMANCE/PROGRESS
Walaupun ini bukan perkara pertama yang kami titikberatkan, tapi ia sangat penting kerana inilah nadi bisnes kami. Performance yang kami maksudkan ialah kuantiti kek yang mereka order mestilah semakin bertambah dari masa ke semasa. Barulah berbisnes namanya. Kalau tak bertambah  bermaksud mereka tak buat marketing. Tapi, Alhamdulillah, progress bisnes 20 stokis kami sekarang ada peningkatan yang mendadak. Boleh kata kesemuanya sedang huru hara sekarang ini, antaranya Stokis Johor Tuan Abdul Latif dah meningkat ke  5000 seminggu (Stokis JB Tuan Abdul Latif )dan , ada yang 6000 seminggu (Pn Zaliza dari Kuantan), Stokis KL Tuan Najib dah 1000 sehari, Stokis Serdang Abdul Basit dah dapat mencecah 10K seminggu, Stokis Penang Mohd Edib dah mencecah 2000 seminggu dan yang lain pun sedang meningkat!..Tahniah semua !!...

Ada beberapa lagi point untuk pemilihan stokis-stokis hebat kami ni. Tapi yang 4 di atas adalah tips yang terpenting sekali untuk kami. Jangan risau kalau anda masih baru dalam bisnes dan belum benar-benar faham lagi attitude dealer anda. Ambil masa untuk mengenali mereka. Bila dah kenal, barulah cinta!..Bila dah cinta, barulah boleh jadi Stokis!.. ;)

~All the best kay.... :) ~


0 comments:

Post a Comment