Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, October 30, 2013

PERKONGSIAN ILMU PROF.MUHAYA @ KARNIVAL RASUL IN MY HEART (26/10/2013)

PERKONGSIAN ILMU PROF.MUHAYA @ KARNIVAL RASUL IN MY HEART (26/10/2013)

1.Suami-suami, kalau ada isteri yang suka mengumpat, sediakan getah. ;)
2.Ibu-ibu pernah mintak maaf dengan anak-anak tak?
3.Wanita, masa tak kahwin lagi pegi umrah mintak doa dapat suami.
4.Bila dah nak kawin, pegi bridal sana, bridal sini..pastu mintak doa dapat zuriat pulak.
5.Bila anak dah besar, nak marah pulak....Kenapa? Sebab kita tak bersyukur.
6.Cek nadi sebelum tidur, kalau 80 - something wrong. Kalau 60-orang yang tenang, yakin dengan Allah.
7.Siapa tertekan maka sayang dunia.
8.Ramai yang kufur!..Bahagia bukan di luar diri kita..
9.Dunia dalaman menentukan dunia luaran kita.
10.Kalau kita bahagia, bererti bersih jiwa.
11.Siapa nak tenang,bahagia dan membahagiakan, jangan tak suka orang. (kannnn....)
12.Orang lelaki tak datang ceramah sebab dah pandai sangat. (kwang kwang kwang...)
13.Orang yang sangat bersih hatinya adalah orang yang lebih mengalah dengan ibu mertuanya berbanding ibunya sendiri.
14.Sebab, ibu dah kenal lama..lagipun bila ibu kata apa-apa, tak kecik hati pun...
15.Ada..Beri...Dapat..
16.Jangan kerana kita, suami masuk neraka.
17.Banyak masalah rumahtangga, isteri ingkar suami. Isteri suruh suami kurangkan kasih sayang kepada ibu dan keluarganya. (orang macam ni memang tak ada ilmu...)
18.Kenapa masuk NGO? Kerana Allah atau kerana penghargaan manusia?
19.Ubah diri kita dulu, baru ubah masyarakat.
20.Siapa AJK Masjid? Banyak tak duit masjid?..
21.Kalau duit banyak, tak bagus..sepatutnya AJK Masjid tak ada duit, sebab banyak aktiviti ilmu.
22.Sedekah paling baik adalah untuk orang alim.
23.Kalau hari-hari suka baca gossip, konfem banyak keladak. (kan dah kata...)
24.Berapa orang suka dan tak sabar-sabar nak pegi kerja?
25.Kalau kerja adalah aktiviti yang dijalankan tanpa tujuan, akan menyebabkan penat bekerja.
26.Cikgu adalah orang pertama yang akan masuk syurga atau neraka.
27.Cikgu-cikgu, jadikanlah sekolah Ladang Cahaya.
28.Siapa nak jemput saya pegi rumah anda? Kalau 20 minit saja saya ke rumah anda, saya dah boleh nampak 20 tahun future anda. (kannn..kannnn..)
29.Sebab, rumah yang penuh marah, penuh benci..boleh nampak macamana masa depan rumahtangga anda.
30.Kalau dunia dalaman sangat bagus, dunia luaran juga sangat bagus.
31.Kalau orang kedekut, bakhil..pembedahan mata pasti ada masalah. (hohohoooo....)
32.Manusia ramai di bumi ini yang macam LORI SAMPAH!..Sebab dalam diri penuh marah,dengki, dendam. (betullll sangat!...)
33.Sebab itulah bila jumpa orang, dia nak lempar sampah dalam diri dia. (hehehe..)
34.Bagaimana orang yang suka menonjolkan diri?
35.Sebab, dia tak ada apa-apa..Dunia dalaman dia kosong..Dia tunjuk dunia dalaman dia.
36.Buang- merungut, mengumpat. (setuju!..)
37.Ada 4 nasihat Prof Muhaya, iaitu hormat semua makhluk Allah, Ikhlas, Lemah lembut,Niat beri manafaat. (Bestnyaa....)

Terima kasih banyak Prof.Muhaya di atas ilmu ini. Semoga Prof di beri Allah rezeki melimpah ruah lagi..semoga usaha Prof diberkati Allah,diberi kesihatan yang terbaik..dilindungi dan dipermudahkan segala urusan Prof.

~Best kannn?...Uolss suka yang mana..?~

0 comments:

Post a Comment