Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, October 23, 2013

LOVE TO SELL

LOVE TO SELL

Bila saya observe balik sejarah mereka yang berjaya ni, saya dapati ramai daripada mereka yang berjaya ni bermula dengan menjadi 'salesperson' sebelum mereka berada di puncak. Dalam program mentor kami MASTER YOUR BUSINESS yang lepas pun Dr.Azizan ada menyebut, Bill Gates, Mark Zuckenberg, malah mentor kami sendiri pun pernah menjadi salesperson. Saya yakin kebanyakan daripada orang berjaya ni adalah berasal dari "sales person".

Kenapa saya highlight perkara ni? Sebab rupanya ramai usahawan kita yang tidak pernah buat sales!..Dia terus start sebagai usahawan. Terus ada kilang atau ada kedai. Terus manage staff dan manage order untuk produk atau servisnya. Sebab tu saya perhatikan, kalau dia tak ada experience dalam bidang sales, dia susah nak menghadapi pelanggan yang bermacam ragam ni.

Apa itu sales? Sama ke dengan marketing? Sales tak sama dengan marketing. Mula-mula memang kena buat marketing. Marketing adalah aktiviti menarik sebanyak-banyaknya pelanggan. Bila dah dapat tarik pelanggan ni, kerja untuk close sale ialah kerja sales person ni lah.Dia lah yang kena pandai approach, pandai pujuk pelanggan.

Part ni lah yang ramai tak ada kan?..Ramai yang konon-konon start buat bisnes, dialah usahawan terbilang!..Tapi tak pernah menjual!..Boleh ke u nak memahami hati pelanggan sedangkan tak pernah jumpa dengan pelanggan one to one?

Bila ingat-ingat balik waktu zaman buat Hai-O dulu, saya,suami dan kawan-kawan ni suka sangat buat sales..Best gila experience masa tu. Kat mana je ada exhibition, pasti kami nak sewa booth untuk buat jualan.Kadang bukan dapat close sale sangat, nak dapat contact number untuk nak buat appointmernt puuuun susah. Tapi, disebabkan suka sangat buat sales ni, lama-kelamaan orang nak reject pun kami ok jer..dah immune katakan..

To become a GREAT BUSINESS PEOPLE, u have to LOVE TO SELL!..

Itu salah satu ciri paling basic u sebagai seorang yang bakal menjadi jutawan perlu ada!..Kerana 'selling' ni adalah paling fundamental. Kalau buat bangunan tu, skill menjual tu akan menjadi tapak untuk membina sesuatu bangunan. Tak semestinya kena pandai menjual bangunan, tapi boleh start dengan menjual apa saja hatta sebatang pen!..

Perasan tak ada ramai sales person pernah approach kita buat sales jual pen? jual buku-buku ketika di restoran? Apa kita rasa tengok mereka? Ramai yang memandang rendah pada mereka!..Tapi u all tak tahu..mereka ni sebenarnya sedang membina kekuatan hati, jiwa dan minda mereka!.Mereka ni pasti boleh menjadi jutawan kalau mereka tambah sedikit lagi ilmu.

Sebab orang yang dapat merendahkan egonya serendah-rendahnya, dapat tebalkan muka untuk approach orang di kedai makan dan sebagainya..Mereka ini ada sesuatu yang sangat HEBAT!..Mereka tengah membina tembok kekuatan mereka!..Lepas ni kalau dicampak ke mana saja, mereka akan berjaya!..Tambahan lagi kalau mereka berminat untuk berbisnes..saya yakin mereka pasti tak lama mendaki gunung. Macam naik lif lah orang kata...

Jadi..kalau nak jadi a great business owner, kita memang kena pandai MENJUAL!.. Start dengan bukak booth untuk jual produk u di mana-mana exhibition. Jual lah apa pun tak apa, asalkan u ada experience untuk belajar proses menjual ni. Lagi best kalau u boleh join direct selling atau buat insurance atau jual vacuum cleaner/air cleaner macam mentor kita jual tu...Jadikan ia sebagai satu universiti untuk u belajar cara-cara buat sales. Life and practical experience tu!..Jadi...makcik pakcik, kakak abang, janganlah marah kalau ada anak-anak yang minat nak buat direct selling ni. Banyak yang diorang boleh belajar tu. Biar je depa habiskan duit beli produk-produk tu. Ada sesuatu yang sangat bernilai dia akan dapat belajar di situ!..

Jadi, untuk anda yang nak sangat jadi usahawan ni..Saya tengok ramai yang sibuk nak cari agent.Bukan tak boleh..Tapi kita sendiri pernah tak buat kerja macam agent/dealer kita kena buat? Kita suruh agent kita menjual..Tapi kita tak pernah pun menjual?.Boleh ke macam tu? Nanti agent menghadapi macam-macam situasi pasal pelanggan, apa yang u boleh tolong? Apa cadangan yang u boleh bagi? Kalau agent u kata, kat kedai ni susah lah..kek tak habis, orang tak nak beli la...Apa yang u akan rasa dan buat?

Lama-lama u akan rasa frust..u pun percaya dengan apa yang agent u cakapkan. Sebab u pun tak pernah buat!..U pun tak pernah approach sendiri, tak ada experience buat macam agent u buat. Lama-lama apa jadi?..Apa lagi, bungkus lah...Itulah yang banyak terjadi!..So, kalau tak nak bungkus, apa lagi!...Kena lah tebal-tebalkan muka yang cantik dan hensem dan diva sangat tu...tapi poket kosong tu...keluar menjual!..keluar buat sales!..Barulah betul step untuk jadi jutawan!..

WALLAHU'ALAM...





0 comments:

Post a Comment