Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, October 22, 2013

MENCIPTA PRODUK SENDIRI !

Jual produk orang boleh kaya ke?
 
MENCIPTA PRODUK SENDIRI !

Ada yg tanya saya blh berjaya ke dgn hanya menjual produk orang? Jawapan saya...Boleh!!
Dulu masa cetek ilmu ( skrg pun masih sentiasa mencari ilmu) saya byk buang masa dok pikir nak keluarkan produk sendiri. Saya ni memang tak pandai nak buat kuih muih, baking segala. Bila tgk org buat seri muka dan berjaya, saya teringin nak buat seri muka, siap blk kampung pergi padang besar (kg saya di kedah) beli periuk kukus kononnya nak buat seri muka, tp last last tak buat pun sbb rasa tak ada passion nak buat, hehe

Lepas tu saya cuba buat dadih, berjaya supply ke petronas tapi sekejap je bila maid saya berhenti blk kampung dah tak ada org yang bantu saya pun patah kaki, so stop buat dadih.

Lepas tu buat pulak pelbagai jenis puding jual kat tmpat kerja, dapat sambutan dan tempahan dari rakan seperjuangan. Lama2 buat rasa penat dan berhenti.

Begitulah perjalanan hidup saya dulu, sentiasa berfikir nak bisnes mesti ada produk sendiri. Masa tu pulak mmg ada kawan yg berbisnes makanan dgn produk sendiri. Jadi masa tu fikiran sgt sempit, nak kaya berjaya mesti buat produk sendiri. Jual produk orang bukan untung banyak !!! Biawak sungguhkan smile emoticon

Dalam pada mencari cari nak keluarkan produk sendiri, saya tolong kawan jual kek coklat, (kek coklat anis lah!! Masa tu zaman kek besar siap ada disedikan pisau dlm packaging). Saya ni sangat2 suka buat sale, best sangat kalau berjaya menjual, untung tak pikir pun, yang ada dlm pikiran nak habiskan semua stok kek yg dihantar pada saya. Kesian la kan kalau tak habis..itu ja yg saya pikirkan masa tu. Dan alhamdulillah, kek tak pernah tak habis. Kwn2 sekerja selalu cakap saya ni jual apa pun semua laku, boleh jadi bisneswoman, alhamdullillah..kata2 mereka adalah doa buat saya...,

Dipendekkan cerita bertahun tahun dok try & adjust nak buat produk sendiri, tak dapat dapat, sambil tu masih tetap menjual kek anis on & off. Sehinggalah pada suatu hari ( saya pernah cerita dulu bagaimana saya mula serius berbisnes) saya dan suami terbuka hati utk bisnes kek coklat dgn serius.

Alhamdulilah, dengan hanya menjual produk orang lain, tanpa memiliki produk sendiri kami rupanya dapat menjalani kehidupan yg lebih baik.

Suami saya telah berhenti kerja dari syarikat pembinaan tersohor di Malaysia, hanya kerana nak menumpukan seluruh tenaga dan perhatian pada bisnes kami. Kami juga turut mempunyai kedai dgn 3 org pekerja. Rupanya nak berjaya tidak perlu ada produk sendiri.

Apa yg perlu ada adalah kesunguhan dan kecintaan pada bisnes kita, semangat dan kecekalan, dan tentunya kita perlukan ilmu dan mentor utk membimbing kita...

Masih banyak impian dlm bisnes ini, yang pasti mcm mentor saya cakap, buat je dulu apa yg ada depan mata, jgn buang masa pikirkan perkara2 yg kita pun tak tahu bagaimana dan macamana....
~heart to heart~

0 comments:

Post a Comment