Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, October 17, 2013

MATI HIDUP SEMULA - CATT & MAZA SHUGARHOLIC

Mati hidup semula

Suami pernah mempunyai restoran berkonsepkan makanan ala barat di sg petani di sekitar tahun 2003. Selepas kami berkawin, suami telah memutuskan untuk berhenti kerja keran sudah bosan bekerja, dan ingin mencuba nasib unt...uk meniaga. Tanpa berbekalkan ilmu dan mentor yang cukup, suami nekad untuk mencuba membuka restoran. Kami yang pula baru berkawen, sudah tentu tidak mempunyai modal yang cukup, jadi saya cuba meminjam pinjaman peribadi daripada bank rakyat. Alhamdulillah, pinjaman diluluskan, dan suami mula teruja untuk memulakan kehidupan yang baru seorang peniaga.

Tanpa ilmu, dan mentor .. ada mentor di depan mata, tapi tak pernah ambil kesempatan untuk belajar .. berniaga syok sendiri, pelanggan ada tapi kehidupan masih tak senang .. hanya mengharapkan pelanggan yang datang untuk makan, masih tidak cukup untuk menampung kehidupan kami .. saya yang masih bekerja, membantu suami sedaya upaya untuk mencukupkan keperluan kedai dan keluarga.

Melihat kehidupan yang makin lama makin teruk, saya mula cuba ingin membantu suami dengan berniaga juga. Kami tidak boleh harapkan makan gaji yang naiknya tak sampai 10% setahun. Saya merancang untuk membuka perniagaan dobi layan diri berkonsepkan cafe. Kebetulan, kerajaan ada menawarkan Skim Usahawan Siswazah di bawah kementerian SME (tak ingat nama sebenar), dan saya mula membuat kertas kerja rancangan perniagaan saya untuk di serahkan pada kementerian untuk diteliti. Saya disyaratkan untuk pergi kursus selama seminggu di KL, dan selepas itu saya mestila hantar kertas kerja sebelum dipanggil oleh kementerian untuk pembentangan.

Saya habiskan masa dan wang turun naik turun naik KL, membuat pelan konsep dobi layan diri, pendek kata, saya nekad untuk mendapatkan pinjaman yang ditawarkan.

Alhamdulillah, saya telah dipanggil untuk pembentangan kertas kerja di KL, saya turun ke KL dengan suami, berhadapan dengan 6 orang panel dari wakil SME, dengan bersungguh sungguh saya dan suami menerangkan konsep dobi kami, keputusan akhirnya ..

Ditolak oleh pihak kementerian dengan alasan, perniagaan dobi di dalam Malaysia, statistiknya 9/10 adalah GAGAL!

Tersentap dengan alasan yang diberikan, suami membalas 'I dont want to waste your time, and I dont want to waste my time, for me time is money' ... dan kami terus meninggalkan tempat itu, dan bertekad untuk tidak meminta apa apa pinjaman daripada mana mana pihak, dan kami juga bertekad untuk berjaya dengan hasil usaha sendiri.

Selepas balik dari KL, kehidupan kami tidak bertambah baik .. makin hari makin merundum. Hutang makin menimbun, suami telah membuat keputusan drastik, jum kita berpindah ke KL untuk memulakan kehidupan yang baru. Saya bertanya, bagaimana dengan restoran? Suami berkata saya pindah dahulu, dia akan berpindah kemudian bila dia rasa dia boleh melepaskan semua pada rakan niaganya.

Saya mula membuat permohonan untuk berpindah ke KL. Alhamdulillah, permohonan diterima dan bermulalah kehidupan kami di KL.

Tertubuhnya Shugarholic atas desakan hidup, dan bagaimana ia bermula? TUNGGU !!! kisah part 2 !!!

* kenangan manis suami bersama staff restoran *

0 comments:

Post a Comment