SOALNYA NIAT
Sebelum kita melakukan sesuatu perkara, pasti ada
'sesuatu rasa dan kata-kata' dalam hati kita kenapa kita nak melakukan
perkara tersebut. Rasa dan kata-kata itu adalah NIAT. Perkara tentang
niat ini adalah yang paling asas yang perlu diberatkan bila kita nak
mulakan bisnes atau juga bila kita nak mula bekerja. Sangat penting
kerana jika niat yang kita tanam tapi tidak disertakan dengan tindakan,
perbuatan kita akan menjadi sia-sia.
NIAT BEKERJA
Contohnya
macam ni. Dulu waktu lepas saya habis belajar, saya terus cari kerja
kerana niat saya pada masa tersebut ialah nak tolong mak ayah saya. Saya
nak balas jasa mereka. Saya nak bantu meringankan perbelanjaan mereka.
Alhamdulillah, masa tu niat saya tak lari. Setiap bulan, bila dapat
gaji, saya langsung tak terfikir gaji tu untuk saya.
Bulan
pertama, semua gaji tu diserahkan pada mak dan ayah saya.Walaupun gaji
hanya RM 700 sebulan (kerani akaun) tapi saya puas sebab dapat membantu
mak dah ayah. Saya fikir masa tu, hanya nak menggembirakan hati mereka.
Alhamdulillah saya dapat rasakan duit gaji saya berkat.
Tapi, bila seterusnya saya berkahwin dan hidup agak susah pada
mulanya. Ye lah, baru kahwin lah katakana, dengan mengandung lagi..Dan
akhirnya, niat saya dah tersasar. Masa tu, saya dah terlupa niat asal
saya yang ditanamkan dulu bila nak bekerja. Niat nak tolong suami pun
tak ada, bekerja lebih kepada ke arah kebendaan dan keduniaan.
MasyaAllah!!....Patutlah lepas tu rezeki semakin tak berkat dan tak
berkat...Dan akhirnya, rumah yang dibeli pun dilelong!...
NIAT BERBISNES
Bila saya ingatkan balik, niat asal saya berbisnes masa mula-mula buat
bisnes kek ni, asalnya nak tolong suami. Ingat lagi saya cakap pada
suami saya, abang jangan risau..walaupun tak bekerja, saya akan pastikan
saya tak duduk saja..dan saya pastikan saya akan membantu suami untuk
meringankan beban suami. Alhamdulillah...itu lah yang saya dapat...Dan
niat saya tidak hanya tinggal niat..Niat perlu diikuti dengan tindakan.
Maksudnya, saya betul-betul meringankan bebanan suami, sampaikan saya
dapat menarik suami yang mulanya bekerja, dan kini menjadi boss saya.
Selepas fasa permulaan, niat saya dah menjadi niat kami. Kami tanam
niat kami berbisnes adalah untuk menambah nilai hidup ramai orang. Niat
diperkuatkan dengan tindakan kami. Berbagai kaedah marketing yang kami
buat, semata-mata untuk memberi kebaikan kepada para pengedar kami. Kami
buat billboard, marketing di facebook, buat banner dan bunting,
semuanya adalah niat kami untuk meningkatkan sale para pengedar kami.
Seriously, bukan kami nak berbangga riak sebab buat billboard dan
sebagainya. Buat apa setakat nak riak sombong, banyak duit nak
dilaburkan..Budget untuk billboard mencecah RM100 ribu kami laburkan.
Untuk apa? Untuk siapa?..Mungkin kami menumpang tempias, tapi bukan itu
niat asalnya..Niat asal kami membelanjakan wang sebanyak itu untuk para
pengedar kami..untuk membantu meningkatkan sale mereka, secara indirect
dan indirectly. Nampak tak?
Niat saya menulis artikel ini juga mungkin boleh di
salahtafsirkan..Tapi saya tetap tak kisah..Yang penting, saya nak anda
semua nampak dan faham betapa pentingnya NIAT kena ALLIGN dengan
TINDAKAN. Kalau niat saja nak bantu orang..tapi bila dapat duit terlupa
nak sumbangkan pada yang memerlukan..Itu dah kira tersasar niat!..Kalau
dah tersasar niat, insyaallah ditakuti bisnes ke laut nanti..Sayang, dah
keluar modal ratusan ribu ringgit, tapi tindakan tak mengikut niat.
Ingat ya, betulkan NIAT..bertindaklah mengikut NIAT!..
WALLAHU'ALAM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment