Tahun depan E-Class dalam tangan nih!..
Kenapa saya berniaga??
" Basit kalau setakat berniaga jual
baju nie,boleh cari makan ka.. Sampai bila mahu bersusah berniaga macam
nie,cuba tengok orang tue belajar tinggi. Kerja dengan orang,senang ja
hidup mereka sekarang."
Saya tunduk melihat ke lantai sambil
memeluk timbunan baju diatas motor yang dibawa untuk di hantar ke
pelanggan,gaya tak ubah seperti orang bangladesh yang jual karpet.
" saya ada impian,tidak mengapalah saya bersusah dahulu..”jawab saya,suara pun macam tak berapa nak keluar sahaja.
Hati ini mahu menangis sahaja,tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya bila kita dihina kerana usaha kita diperlekeh.
Beliau berkata," perniagaan nie bukan ada jaminan pun, ramai ja aku
kawan-kawan aku yang berniaga nie sudah lingkup. Hutang keliling
pinggang,hidup tak menentu. Tak guna ko belajar tinggi kalau setakat nak
berniaga macam nie sahaja.”
“kalau setakat nak berniaga macam
nie,angkut barang dan hantar barang lepas tue tak ikut masa,orang tak
sekolah pun boleh buat basit..”
Aku bermonolog sendiri,” betulkah
apa yang aku buat nie,kata nak jadi jutawan. Tapi buat kerja separuh
mati,hasil pun tak nampak lagi.”
teringat pesan arwah mak,”
basit,nanti tolong ummi jagakan adik-adik naa bila ummi dah tak ada
nanti.
Basit kena bela nasib keluarga kita,jangan bagi keluarga kita
dihina lagi yea. Biar kita susah,tapi jangan kita meminta-minta. Biar
kita tidak makan,tapi jangan susahkan hidup orang lain”.
Saya minta izin pada kenalan mahu sambung kerja,ketika berpaling daripadanya saya menangis sepuasnya..
“ saya percaya,saat kejayaan itu akan tiba tak lama lagi.Ummi,basit akan laksanakan janji basit pada ummi..”
Saya membawa motor berlalu di dalam hujan,sambil menangis seorang diri..
banyak lagi kisah yang saya akan ceritakan rentetan perjalanan liku-liku seorang diri mengejar impian.
Ps: Ikuti perkongsian perjalanan hidup saya,buat pertama kali diadakan.
Kongsikan perasaan anda,dan pemenang bertuah menerima tiket PERCUMA
untuk ke perkongsian ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment