Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, October 1, 2013

DEALER ANIS CHOCOLATE BUKAK KEDAI?

Wahhhh!!!..
Tadi dapat good newsss!!!..

Ingat tak dulu saya pernah citer, ada sorang dealer adik polis ni datang ambik kek naik MOTO?. .Dia antara yang awal bersama kami sejak 3 tahun yang lalu.Dan diorang ni lah antara yang pertama menyentuh hati saya.

Ye lah mana tak tersentuh hati..time balik kerja je mesti dia sampai dengan wife dia ambik kek. Bila dioran...g nak balik kannn, mesti saya lari masuk dalam.Siapa pun tak perasan pasal ni termasuk suami saya..

Sebab, saya tak sanggup nak tengok wife dia terpaksa peluk kotak kek kuat-kuat..takut kek terjatuh. .Saya sedih la..kesian tengok sampai macam tu pun diorang sanggup buat..

Masa tu saya terdetik di hati saya...Ya Allah, betul kah apa yang kami lakukan ini Ya Allah? Betul kah kami membantu mereka ini Ya Allah?

Sekali tu bila kami tanyakan pada adik polis ni..Dia kata Ya Allah abang..akak. .jangan risau, dengan duit kek ni lah yang bantu kami bayar duit rumah, duit kereta kami. .

Alhamdulillah sangat...terus rasa nak tolong lebih ramaiii orang lagi insyaallah. .

Abis apa yang good newsnya?..

Ohhh yaa...tadi adik polis ni call.Dia bagitau, yang dia DAH SEWA KEDAI di TTDI JAYA, Shah Alam!..Dia nak fokus dengan production cookies dia.. Almond Caramel yang menjadi kegilaan ramai ni.

Sebenarnya 4 bulan lalu, kami offer dia buat satu produk untuk kami tolong pasarkan di premis kami. Mereka suami isteri ni bermula di rumah. Dan sekarang dah sewa kedai!!...Wow, alhamdulillah. ..

Syukur sangat...kami yang tumpang happy!!!..Kerana dengan bermula hanya menjual Anis Chocolate Moist Cake, kini dah ada produk dan dah ada kedai! .

MasyaAllah! !..kami doakan semakin ramai yang akan berjaya seperti mereka ini!..

♥Tahniah Khairi dan Azura!..
See More

0 comments:

Post a Comment