Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, October 5, 2013

KISAH PERIUK KUKUS DAN BAKUL

KISAH PERIUK KUKUS DAN BAKUL

Alhamdulillah, hari ini saya sangat bersyukur..banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga..Terlalu banyak..sangat banyak....Betullah, sejak memahami erti bersyukur, lebih banyak kebahagiaan, ketenangan, keberkatan, kesihatan dan kekayaan yang Allah tak putus-putus turunkan kepada kami..Terima kasih Ya Allah...

Kalau lihat sekarang, memang nampak senang..nampak mudah saja diorang ni buat bisnes kek coklat kan?..Tak payah buat macam-macam, hanya fokus membuat kek coklat dan tat nenas saja dah boleh jadi macam ni?

Siapa tahu asal usulnya? Siapa tahu bagaimana saya bermula? Siapa tahu perih jerih saya nak sampai ke tahap macam ni? Jangan ingat senang kami nak sampai ke tahap macam ni..Kalau tak kuat, kalau tak PASSION, saya dah give up!..mungkin saya dah bekerja semula...

Saya sebenarnya bukan terus ada kedai seperti sekarang ini..

Saya sebenarnya bermula di rumah!..

Dengan dibantu oleh seorang pembantu, Kak Wati..dan juga dibantu oleh satu lagi...namanya si periuk kukus 2 tingkat yang berharga 30 ringgit. Ingat lagi kisah pasal periuk kukus ni..Waktu tu Kak Wati balik kampung. Saya pun take over lah..ode banyak ni, jadi saya yang kena siapkan..Masa ni barulah saya dapat rasa betapa bertuahnya saya ada pembantu yang cekap..

Bila boss buat sendiri..itulah sampai hampir terbakar rumah kami malam tersebut!..Ya Allah, saya tertidur kepenatan sambil menunggu kek masak. Rupanya air dalam periuk dah kering. Api dah makan pun periuk kukus tu..Asap berkepul-kepul keluar dan ditolak angin naik ke atas. Saya yang terlelap di ruang tamu tak sedar..Suami saya yang tidur di bilik yang tersedar!..Sebab asap berkepul-kepul masuk ke dalam bilik membuatkan dia tak boleh bernafas.

Kadang-kadang bila fikir balik, macam mana lah saya dapat kekuatan nak teruskan jugak perniagaan ini...Bila hantar kek ke kedai-kedai pulak...Saya dengan tak malunya bawak bakul untuk isi kek dan masuk keluar kedai..Sekali tu kan, saya terjumpa rakan seofis saya di sebuah Kedai Mesra. Rupanya dia cerita, dari saya keluar dari kereta proton saga lama saya tu, sampai masuk ke dalam kedai..dia dah mula perhatikan saya..Dia rasa macam kenal je pompuan ni..Dia saja je tengok dulu aktiviti saya dari jauh..Katanya, sayu bila dia tengok saya mengangkat bakul yang berat penuh kek di kedua-dua belah tangan saya. Pastu, mengandung pulak tu!...

Banyak lagi sebenarnya kisah tragis yang kami lalui pada peringkat awal bisnes kami ni.Masa ni lah kereta pun kena tarik..Rumah kena lelong!..Ya Allah...hebatnya dugaanMu Ya Allah...

Bila rumah kami kena lelong, kami terpaksa pindah ke rumah sewa..
Di situlah segalanya bermula!..

Bila tinggal di kawasan perumahan orang kaya..tiba-tiba aura orang kaya seperti menarik-narik saya supaya menjadi seperti mereka. Setiap hari bila saya masuk keluar dari kawasan perumahan saya tu,  saya akan bercakap pada diri saya, satu hari nanti saya pasti akan jadi seperti anda semua!..

Betullah, apa yang saya fikir, apa yang ucapkan..semuanya adalah DOA!!...4 bulan selepas kami berhijrah, Allah membuka jalan kepada kami seluas-luasnya!..

Saya teringat lagi bagaimana saya ternampak 'sesuatu yang luar biasa' di TV. Masa tu saya balik dari hantar kek. Pembantu saya Kak Wati dan Kak Nila tengah buat kek. Sambil buat kek, diorang biarkan saja TV terpasang..tak lah sunyi sangat.Saya ni bukan kaki TV. Tapi terpanggil pulak nak tengok, apa yang diorang ni dok jerit ni.. AWESOME!!...AMAZING EXPERIENCE!!..YOU GUYS SHOULD COME!!..bla..bla..bla....Isyy apa ni?..Rupanya ada seseorang buat seminar!..

Dari situlah sebenarnya turning point yang sangat besar dalam hidup kami!..Saya mula mengikuti perkembangan mentor kami Dr. Azizan Osman di surat khabar Harian Metro. Akhirnya kami dah tak tahan lagi..Kami ingin kecapi hidup bebas seperti yang kami inginkan..Kami ingin membantu ibu bapa kami..Banyak sangat lagi tanggungjawab yang kami belum selesaikan...Dari situlah kami keluar mencari ILMU..

Ingat lagi, pada hujung tahun 2009, saya dan suami ke Seminar Rahsia Tarikh Lahir. Dari situlah kami mula mengenali Dr.Azizan Osman. Apa yang lebih menarik, suami saya yang skeptikal tentang Dr.Azizan Osman pada mulanya..Dia tak suka..katanya penipu!..Training orang konon..Trainer semuanya mengarut, bukan betul-betul mengajar, kalau ajar pun teori je, selak-selak slide je..goreng je banyak!..Tapi...akhirnya dia yang 'terlebih sudah' dengan Dr. Azizan ni...Ye lah, katanya...kalau bukan kerana segala ilmu mentor kami ni, tak mungkin kami sampai ke tahap macam ni....Saya faham, segala-galanya atas aturan Ya Rahman Ya Rahim Allah Pencipta sekelian alam juga...Tapi, Allah jualah yang memberi ilmu kepada mentor kami untuk dipermudahkan dan disampaikan kepada kami...

Ya Allah, selepas satu kelas ke satu kelas kami tak putus-putus mencari ilmu dengan mentor kami sampailah sekarang. In fact, pada hari ini pun saya berada di kelas Dr. Azizan MASTER YOUR BUSINESS. Tak tahu macamana nak ucap terima kasih kepada Dr. Azizan Osman, betapa kami sangat-sangat menghargai dan bersyukur menjadi insan terpilih untuk mendapat dan memahami ilmu yang disampaikan sehingga kami mengalami satu fasa perubahan hidup yang sangat besar bagi kami.

Terima kasih Doc, halalkanlah ilmu yang diberi, kami ingin meneruskan perjuangan hidup ini yang belum selesai. Kami sangat ingin menjadi seperti mu, melahirkan ramai lagi jutawan...dan sentiasa memberi inspirasi kejayaan kepada lebih ramai orang lagi..Dengan ilmu yang kami ada ini, kami akan mulakan misi kami melahirkan lebih banyak usahawan dan jutawan melalui legasi perniagaan kami ini.

Terima kasih Doc!...

0 comments:

Post a Comment