Luar biasa hebat jutawan muda ni!..
LALUAN BERLIKU SEORANG INSAN TIDAK SEMPURNA!
"Bagaimana liku-liku transformasi perjalanan seorang insan tidak sempurna".
Nama saya Raja Safuan. Kepakaran saya adalah meningkatkan perniagaan anda sehingga 500% dengan menggunakan medium internet.
Saya bermula perniagaan sejak tahun 2006. Ketika itu saya masih di
Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Saya memulakan perniagaan atas desakan
hidup kerana saya terpaksa menanggung kos pembelian buku yang banyak
dari luar negara. Maka saya memilih melakukan perniagaan untuk mengubah
"kesengsaraan" yang sedang saya hadapi.
Saya memilih untuk
melakukan perniagaan kerana untuk insan yang mempunyai kecacatan pada
kaki adalah amat sukar untuk saya mendapat kerja secara "part time"
seperti orang lain.
Pelbagai perniagaan yang saya lakukan
antaranya perniagaan menjual topup, menjual buku dan perniagaan
"bertingkek-tingkek". Tetapi apa yang saya rasakan adalah tidak
mempunyai "passion" yang kuat untuk melakukan perniagaan-perniagaan
tersebut.
Alhamdulillah satu hari, saya mendapat tahu tentang
ilmu perniagaan internet yang di lakukan di luar negara. Maka saya pun
mencuba perniagaan internet yang sebenar dan alhamdulillah mendapat
result yang bagus.
Pada permulaan perniagaan, saya pernah di
hina, di caci, di maki, di kutuk. Ada yang kata "Kau ni cacat, siapa nak
beli barang kau jual". Ada yang kata "Kau tidak mempunyai network yang
besar sebab kau masih muda". Ada juga yang kata "Perniagaan kau tahan 3
bulan sahajalah". Semua kata-kata negatif tersebut hampir meluluhkan
semangat saya tetapi saya mempunyai prinsip bahawa "tidak ada orang yang
mampu mengubah nasibnya melainkan dirinya sendiri dengan izin Allah".
Untuk pengetahuan anda, saya mempunyai kecacatan pada kaki. Saya berjalan tidak seperti orang lain.
Sehingga saya pernah berdoa "Ya Allah, kau munculkanlah dan
temukanlah aku dengan seorang usahawan yang mempunyai result yang sangat
bagus untuk membantu lebih ramai orang".
Alhamdulillah pada tahun 2009 saya telah bertemu dengan seorang usahawan yang mempunyai result yang sangat bagus bernama DrAzizan Osman.
Di pendekkan cerita, pada tahun 2012 saya telah membuat keputusan untuk
menghadiri semua Seminar Platinum dari beliau dan alhamdulillah ia
banyak memberi kesan positif terhadap saya secara peribadi dan
perniagaan saya.
Beliau bukan sekadar mengajar tetapi berkongsi
bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Apa yang di
kongsi, hanya perlu di lakukan sahaja. Bukan sekadar dengar dan biar
sahaja kerana apa yang di kongsi adalah dari pengalamannya sendiri.
Mesti buat!
Alhamdulillah banyak kesan positif yang saya dapat.
Segalanya adalah ketentuan Allah tetapi sebagai manusia sudah menjadi
tanggungjawab & amanah kita untuk mengusahakan segala pinjamannya
dengan ilmu yang baik.
Terima kasih buat ibubapa saya yang sering menyokong dan berdoa.
Terima kasih saya ucapkan pada DrAzizan Osman kerana banyak membantu
memberi kesan positif terhadap diri dan perniagaan saya serta bakat yang
ada pada saya.
Terima kasih semua atas sokongan dan doa kalian.
Ikhlas,
Raja Safuan
www.facebook.com/rajasafuan
p/s: Ramai orang suka menilai kekurangan diri orang lain sehingga terlupa kekurangan diri sendiri.
Tag: Jerry Zafrul Rizal Mat, Yasmin Mohd Ramzi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment