NAK BEREHAT DALAM KUBUR...
Kadang-kadang kesian tengok
pemikiran orang kita yang sempit...Sentiasa sebut kat mulut walaupun tak
kaya..walaupun tak kaya...Selalunya diorang akan kata..walaupun tak
kaya hati senang..Ye ke hati senang sangat ke? Kalau tiba-tiba kita
sakit..kita tak berupaya nak kerja dan berbisnes, hati u yang senang dan
tenang tadi semakin tenang ke semakin kusut sebab tak berupaya keluar
mencari rezeki?
Sori ye..bukan apa....Saya dulu pun tersentap
jugak dengan kata-kata mentor, u ingat u dah kaya sangat, u dah senang
sangat ke? Setakat u lepas pegi buat umrah dan bawak anak-anak pegi
melancong ok la..Tapi pernah tak bawak ibu dan bapa saudara u ke Mekah?
Ibu bapa sendiri pun ada yang tak lepas..macamana nak bawak ibu bapa
saudara,kan? Habis...boleh ke senang hati? Boleh lagi comfort zone?
Dulu..kami pun pikir macam tu..konon dah senang sangat...Ada sebijik
rumah, ada sebuah kereta, sekali sekala boleh bawak anak dan family
melancong, kira dah ok sangat...Tapi, bila ibu bapa saudara tiba-tiba
perlu duit sebab sakit..boleh ke kita contribute? Atau terkebil-kebil
tengok saja? Masa tu senang hati lagi ke? Seronok ke kalau tak dapat nak
tolong orang? Tambah-tambah orang yang u sayangi? Ke u tak kesah u
boleh tolong orang atau tidak..Itu semua tanggungjawab orang lain ke?
Tanggungjawab anak-anaknya sendiri atau tanggungjawab kerajaan?
Sekarang kami dah agak faham..ramai yang letakkan dirinya sebagai
MANGSA...Mereka bukan mangsa, tetapi mereka pilih untuk play the role of
victim..Mereka tak sedar sebenarnya yang mereka berfiikiran macam
tu..Kami dah faham bahawa, orang-orang ni tak kaya kerana mereka ada
sifat suka menyalahkan orang lain, suka beri alasan dan suka
komplen...Orang-orang ni memang tak akan kaya...Cuba observe tengok, ada
tak orang-orang kaya dan berjaya ni suka beri alasan dan komplen?..
Bila tak kaya, dia menyalahkan mak bapak, dia menyalahkan kerajaan
kerana tak tolong dia..Ye lah, semua benda nak ditolong..bila tak dapat
bantuan contohnya, mulalah cakap tak ada modal nak buat bisnes sebab
kerajaan atau kerajaan pembangkang tak support..Macam tu ke pemikiran
orang kita? Langsung tak competitive..Kalau ada bantuan baru boleh kaya?
Patut la tak start-start...Mentaliti subsidi betul la...Nak bisnes kena
tunggu bantuan baru nak start? Kalau ada yang tak tau lagi, kami
bermula dari zero, langsung tak ada bantuan..semua pakai duit
sendiri..sampai sekarang ni..
Ada pulak tak kaya-kaya sebab
sukaaaa bagi ALASAN..Geng ni memang sesuai tinggal di PULAU ALASAN..Geng
ni suka kata apa tau? DUIT TAK PENTING..DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA atau
mereka suka buat perbandingan yang mana lebih penting, DUIT atau
LOVE?...hehehee....Itu alasan untuk mereka yang tak nak bekerja lebih
atau tak nak berbisnes sebab nak cepat-cepat balik rumah, dapat
berehat-rehat berguling atas katil dan tilam mewah sangat mereka tu,
yang ada hama tersembunyi tu...atau cepat-cepat nak balik rumah tengok
TV 50 inci mereka tu..konon-konon nak banyak masa bersama
keluarga..konon untuk dapatkan LOVE ni lah..jadi...DUIT tak penting lah
untuk mereka..
Saya kenal dengan seorang suri rumah yang
meneruskan aktiviti arwah suaminya menjaga anak-anak yatim hampir
seramai 30 orang. Mereka sewakan rumah untuk anak-anak yatim ni di USJ 4
di 3 atau 4 buah rumah..Susah sangat nak jumpa ustazah ni..Bila nak
buat appointment je, dia tengah ajar anak-anak yatim ni mengaji
lah..tengah ambik diorang balik dari sekolah lah..penuh betul
aktivitinya..Sekali tu dapat saya bertanya, usatazah ni nampak sibuk
betul...dapat ke berehat? Biawak betul saya ni....Sentap beb, dia
kata...takpe..nanti DIA BEREHAT DALAM KUBUR LAH...
MASYAALLAH!!!....Berlinang air mata kalau teringatkan pengorbanan
ustazah ni..Dan arwah suaminya sangat pandai mendidik isterinya untuk
meneruskan perjuangannya....
Tak terbanding rasanya usaha dia
dengan usaha kita..pemikiran dia dengan pemikiran kita..dia mencari duit
untuk anak-anak yatim..Kita cari duit untuk siapa? Bukan kata nak cari
duit untuk anak-anak kita yang tak yatim ni...atau untuk keluarga kita
yang susah-susah...Tapi, ada yang tak nak cari duit
punnn...Tambah-tambah lahh untuk anak-anak yatim...??
WALLAHU'ALAM....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment