Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, October 12, 2013

SENANGNYA DAPAT AGEN - KAK IZA

[Senangnya dapat agent]

Hari ni saya dan suami pergi ke Telok Cempedak untuk hantar kek di 2 outlet kami di sana.

Semasa saya berjalan ke outlet kedua terpandang seorang lelaki menjual jelly kelapa dalam hati saya terlintas kesian dia satu hari duduk kat situ jual jelly kelapa saja kalau dia tambah lagi produk lain kan bagus.

Suami saya pula tunggu dalam kereta (biasa le lelaki kan tunggu saya ...hello saja berapa dan dia akan packing )

Masa saya ke outlet apa yang terjadi kat suami saya ialah seorang wanita bersama anaknya lalu sebelah kereta tiba-tiba anaknya tersadung lalu terjatuh suami saya bantu dan pujuk budak tu dengan beri sebekas kek lalu dia orang pun berlalu.

Bila saya sampai saya nampak lelaki yang jual jelly tadi sedang bercakap dengan suami saya , rupa-rupanya dia ialah suami wanita tadi.(Agaknya dia dah rasa kut kek tadi sedap ....biasa le tu ).

Yang bestnya dia tanya tentang kek mana kami dapat dan bla bla bla lah suami pun beritahu le pasal menjadi agent maka dapat lah kami seorang agent dengan sebab The Power Of Sedekah.

Kan Dr dah ajar the more you give the more you will get back resultnya tak sampai 5 minit tak percaya cuba le tapi mesti dengan hati yang ikhlas ye
See More

0 comments:

Post a Comment