Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, October 12, 2013

DARI ENGINEER MENJADI PENJUAL MARUKU - ROSMI ZAMZURI

DARI ENGINEER MENJADI PENJUAL MARUKU
 
Mulakan!

Bismillah..

1 Oktober 2013 lalu kami telah memulakan aktiviti pendedahan jenama (brand exposure) Nisah Crunch yang telah di lancarkan pada 27 September 2013 lalu sempena hari ulangtahun kelahiran Puteri Sulong saya Damia yang ke-... 6. Pendedahan jenama secara Guerilla Marketing (menakluk wilayah setempat sebelum melebarkannya ke wilayah yang lebih besar).

Salah satunya menemui pelanggan di pasaran melalui Pasar Tani untuk maklumbalas pelanggan sebelum memilih produk top 3 untuk di komersilkan secara besar-besaran. Bertemu pelanggan sangat bagus untuk membina jenama.

Sejak 1 Oktober 2013 lalu, 5 Pasar Tani telah saya terobosi dan mendapat feedback yang sangat menarik dari hati ke hati sebelum melancarkan satu per satu produk top 3 menakluk wilayah setempat sebelum melebarkan sayap kami. InsyaAllah. Kami sedang giat menerobos lebih lagi wilayah setempat sebelum amukan Nisah Crunch meledak ke seluruh pelusuk Malaysia, Asia dan seluruh Dunia.

Produk pertama akan mula berada di rak outlet-outlet yang akan di umumkan kelak mulai 24 Oktober 2013 ini sempena hari ulangtahun isteri tercinta Puan Badrun Nisah Mohamed Nasiruddin selaku CEO Nisah Foods Sdn Bhd pemilik jenama Nisah Crunch.

Terima kasih semua di atas sokongan. Terima kasih yang tak terhingga kepada Isteri dan anak-anak tercinta, Mertua pengasas Nisah Foods Puan Rapisah dan Tuan Mohamed Nasiruddin . Terima kasih kepada Mak dan Abah dan seluruh keluarga yang mendoakan.

Terima kasih tak terhingga juga kepada Kak Anis Cmc dan Abang Junaidy Abu Bakar atas tunjuk ajar dan juga mentor best Dr Azizan Osman, Kak Nora Hj Osman, Coach Baharuddin Mohamed, Dato' Rusly Abdullah (Chef Li), Dato' Roslan Ismail (Jutawan Perkataan), Abang Norhamidi Mohi , Puan Sharifah Nur Rahimah atas ilmu yang di curahkan.

Terima kasih bagi yang langsung atau tidak langsung. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Doakan yang terbaik.

Syukur Alhamdulillah..
Rosmi Zamzuri
COO Nisah Foods Sdn Bhd

0 comments:

Post a Comment